nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiada akuan bersumpah, Muhyiddin kekal PM

8 JULAI: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih lagi mempunyai sokongan dan kepercayaan daripada majoriti ahli-ahli Parlimen selagi perkara itu masih tiada bukti yang kukuh. 

Justeru, Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata UMNO perlu mendapatkan akuan bersumpah (SD) dari setiap ahli Parlimen bahawa mereka telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri.

“UMNO yang mengumumkan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin dan mendesak beliau berundur, perlu mendapatkan SD dari setiap ahli Parlimen bahawa mereka telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri.

“Akuan bersumpah tersebut perlu sampai kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum baginda boleh memanggil Perdana Menteri menghadap berdasarkan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

SHAMRAHAYU

Dalam pada itu, Shamrahayu yang juga merupakan Penyandang Kursi Institut Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) memberitahu, sekiranya Perdana Menteri telah hilang kepercayaan majoriti maka beliau mempunyai dua pilihan. 

Tambah beliau, dua pilihan tersebut adalah sama ada Muhyiddin meletakkan jawatan atau meminta Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah membubarkan Parlimen.

“Tidak semestinya Perdana Menteri menunjukkan beliau mempunyai kepercayaan majoriti, pihak lain juga boleh menunjukkan mereka telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri. 

“Ataupun ada pihak lain yang telah mempunyai kepercayaan terhadap orang lain,” katanya.

Lewat pagi tadi, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), malam ini memutuskan bahawa UMNO menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin, berkuat-kuasa serta merta mulai hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara berkenaan dibuat berdasarkan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 dan kegagalan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin memenuhi tujuh syarat dan garis panduan dikemukakan oleh MKT pada 11 Mac 2020.

Berikutan itu, Zahid berkata tempoh memberikan sokongan dan mandat UMNO kepada Muhyiddin selaku Perdana Menteri ditarik balik dan ditamatkan serta-merta.

Bagaimanapun kenyataan lima muka surat yang dibaca oleh Presiden UMNO, Zahid  tidak menyatakan sama ada ahli-ahli Parlimen parti itu yang mempunyai jawatan dalam Kabinet Muhyiddin akan meletakkan jawatan atau sebaliknya.

Tidak dinyatakan juga sama ada pengerusi-pengerusi syarikat milik kerajaan (GLC) yang terdiri daripada wakil rakyat UMNO perlu menarik diri daripada jawatan tersebut.

Kenyataan itu juga tidak memperincikan sama ada akan ada usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Muhyiddin dan apa tindakan terhadap ahli-ahli Parlimen yang enggan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan melantik Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.