nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

JKKPPN setuju libatkan profesional dalam mengurus pandemik

9 JULAI: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Pelan Pemulihan Negara (JKKPPN) yang diadakan secara sidang video.

Pejabat Perdana Menteri (PMO), dalam satu kenyataan berkata, JKKPPN berfungsi memantau pelaksanaan strategi dan bantuan di bawah Pelan PemulihanNegara (PPN) bagi memastikan Malaysia mampu keluar dari kemelut COVID-19 secara berfasa dan sistematik, mengambil kira kehadiran varian baharu yang lebih ganas.

“Mesyuarat hari ini bersetuju untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dengan pakar-pakar kesihatan, ekonomi dan sosial (subject matter experts) bagi mendapatkan maklum balas dan menilai secara berterusan keberkesanan tindakan kesihatan awam yang sedang dilaksanakan, strategi pengurusan pesakit di hospital dan juga strategi pemberian vaksin kepada populasi di Malaysia.

“Penglibatan kumpulan profesional, terutamanya pakar-pakar kesihatan awam dan ekonomi, dalam pengurusan pandemik COVID-19 di dalam negara adalah usaha berterusan kerajaan bagi memastikan strategi pengurusan pandemik berada di landasan betul,” kata PMO dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Mesyuarat berkenaan disertai oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin; Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Turut menyertai mesyuarat berkenaan ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin;  Menteri Kesihatan Datuk Seri Adham Baba, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam pada itu, PMO juga mengesahkan Mesyuarat Jemaah Menteri juga bersetuju melantik Tengku Zafrul sebagai Menteri Penyelaras bagi PPN, yang bertanggungjawab untuk memantau pelaksanaan strategi dan bantuan; serta mengambil langkah intervensi yang proaktif dan bersesuaian dengan situasi pandemik COVID-19 yang sangat dinamik.

Katanya, kerajaan juga amat memahami kesulitan rakyat ketika ini dan cabaran dihadapi dalam usaha untuk memulihkan negara daripada pandemik COVID-19.

“Justeru,  kerajaan akan terus memastikan segala tindakan dalam menjayakan PPN akan mengutamakan kebajikan rakyat dan bersifat telus serta inklusif.

“Bagi memastikan kelancaran Pelan Pemulihan Negara, Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Nasional (LAKSANA) di bawah Kementerian Kewangan telah dilantik sebagai Sekretariat kepada Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai PPN (JKKPPN) untuk menyelaraskan usaha kementerian serta agensi yang terlibat secara langsung dengan pelbagai aspek berkaitan PPN,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.