nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pelantikan Ismail, Hishammuddin sejukkan suhu politik negara

10 JULAI: Penganalisis politik berpandangan rombakan Kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein selaku Menteri Kanan Luar Negeri, mampu menyejukkan ‘suhu’ politik tanah air.

Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, walaupun rombakan Kabinet berkenaan adalah kecil, namun implikasinya amat besar ke atas keutuhan kedudukan Kerajaan Persekutuan kerana ia dilihat selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya perlu adanya pentadbiran kerajaan yang stabil dan kukuh serta berupaya berfungsi dengan efektif dalam menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Dr Kamarul Zaman Yusoff

Kamarul Zaman berkata rombakan Kabinet berkenaan mampu memperkuatkan kedudukan kerajaan di dalam erti kata ia boleh meredakan ketegangan yang berlaku di kalangan pemimpin UMNO di mana jawatan kedua tertinggi kerajaan.

“Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri sukar untuk dipertikaikan lantaran beliau merupakan pemimpin UMNO terkanan dari segi senioriti dalam Kabinet, iaitu selaku Naib Presiden UMNO, pernah menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen, mempunyai kelulusan akademik yang baik dalam bidang undang-undang dan menunjukkan prestasi yang cemerlang selaku Menteri Kanan.

“Rombakan Kabinet pada pertengahan penggal adalah satu perkara yang amat baik bagi menggambarkan betapa kerajaan adalah bersikap responsif terhadap maklum-balas semua pihak, khususnya rakyat, ke atas Menteri-Menterinya dan betapa kerajaan mempunyai keseriusan untuk memperbaiki prestasinya dari masa ke semasa.

“Adalah diharapkan agar akan ada rombakan yang lebih besar dibuat di peringkat Kerajaan Persekutuan, malah di peringkat Kerajaan Negeri juga, selepas ini kerana rombakan ke atas komposisi Jemaah Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada pertengahan penggal pemerintahan adalah amat bersesuaian dengan prinsip urus tadbir baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata terdapat sekurang-kurangnya 10 faktor yang mewajarkan rombakan begini dibuat rombakan Kabinet berkenaan dilakukan termasuklah pertama menjadikan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kelihatan lebih telus dan lebih responsif dengan kehendak dan kritikan daripada rakyat.

Beliau berkata langkah berkenaan juga akan menyerlahkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dengan imej kerajaan yang sentiasa berusaha memperbaiki segala kelemahan yang ada serta memastikan setiap ahli Jemaah Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat mengenai prestasi perkhidmatan mereka.

Langkah berkenaan juga menurut beliau akan mewujudkan persaingan sihat di antara ahli-ahli Jemaah Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk bersaing di dalam membuat kebaikan sekaligus mengecilkan ruang untuk mereka terlibat dalam perkara mungkar seperti rasuah.

Katanya, tindakan ini juga  menyebabkan ahli-ahli Jemaah Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak menganggap mereka istimewa dan jawatan itu milik mutlak mereka dan membuka ruang kepada wakil rakyat lebih muda menonjolkan bakat mereka.

“Rombakan berkenaan juga akan mengurangkan pergantungan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kepada individu dan lebih kepada menunjukkan idea-idea dan dasar-dasar serta menjadikan sesebuah portfolio yang ada tidak kaku dan beku sebaliknya sentiasa segar dan malar dengan idea-idea dan dasar-dasar yang lebih terkini.

“Langkah ini juga akan membolehkan mana-mana portfolio yang tidak perlu dihapuskan, dipecahkan atau digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kerajaan.

“Sekiranya lantikan ahli-ahli Jemaah Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dapat dibuat secara berkala sepertimana pernah dibuat oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri Perlis dan Pahang atau rombakan dapat dibuat secara berkala dijangkakan ia tidak akan mendatangkan apa-apa implikasi negatif kepada kerajaan berbanding implikasi positif yang akan diperolehi,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.