nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Parlimen Petra Jaya bantu 25,035 penerima sejak Januari

11 JULAI: Kira-kira 5,000 penerima atau Ketua Isi Rumah (KIR) mendapat bantuan menerusi Program Bakul Makanan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) di Parlimen Petra Jaya, Sarawak baru-baru ini.

Ahli Parlimennya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, bantuan menerusi peruntukan RM300,000 daripada Kerajaan Persekutuan itu diagihkan kepada penduduk yang memerlukan merupakan kesinambungan dan tambahan kepada program Pusat Khidmat Parlimen Petrajaya yang sentiasa menyalurkan bantuan kepada golongan bersasar secara berterusan.

Menurut beliau, bagi Program Bakul Makanan, penetapan RM100 untuk setiap bakul makanan dikurangkan kepada RM60 bagi memastikan lebih ramai golongan sasar mendapat manfaat daripada program ini.

“Dengan itu jumlah penerima dapat ditambah daripada hanya 3,000 kepada 5,000 KIR. Pusat Khidmat Parlimen Petra Jaya juga akan berusaha mendapatkan peruntukan tambahan bagi memastikan lebih ramai golongan sasar dapat dibantu.

FADILLAH berbual bersama salah seorang penerima bantuan di Parlimen Petra Jaya, Sarawak baru-baru ini.

“Mereka terdiri daripada keluarga yang dikuarantin akibat pandemik COVID-19, kumpulan miskin tegar yang berdaftar di bawah eKasih, kumpulan B40 dan individu kehilangan pekerjaan serta memerlukan bantuan khusus selain daripada makanan asas,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Fadillah yang juga merupakan Menteri Kanan Kerja Raya memaklumkan bantuan bakul makanan yang diagihkan bukan melibatkan makanan namun keperluan bayi seperti lampin pakai buang dan keperluan golongan warga emas.

“Sumbangan telah dilakukan di Kampung Sungai Bedil Besar dan di Surau Al Amin, Kampung Gita Baru sebelum bergerak ke Kampung Kudei untuk walkabout dan menyampaikan bantuan kerusi roda, ‘walking frame’, pampers, barangan keperluan bayi kepada golongan sasar memerlukan,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau memberitahu, seramai 17,000 penerima dalam kawasan parlimennya turut mendapat Bantuan Bakul Makanan Kasih Sayang Sarawak di bawah program Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6.0 (BKSS 6.0) yang diperuntukan Kerajaan Sarawak melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Fadillah yang juga Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata bermula Januari hingga Jun lalu, seramai 3,035 lagi KIR dalam Parlimen Petra Jaya juga telah menerima bantuan menerusi peruntukan pusat khidmat Petra Jaya bernilai RM182,100.

“Ini bermakna seramai 25,035 KIR terdiri daripada golongan sasar dalam kawasan Parlimen Petra Jaya menerima bantuan menerusi BKSS 6.0, PEMULIH dan peruntukan Pusat Khidmat sejak awal tahun ini.

“Keperitan rakyat harus kita bantu dan bantuan perlu disampaikan terus kepada golongan sasar. Kita sedar ramai yang kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan ketika ini serta kita akan berusaha membantu sedaya mampu.

“Terima kasih Kerajaan Persekutuan yang menyediakan peruntukan program bakul makanan ini kepada semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang.Terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri yang menyalurkan bantuan menerusi BKSS. Moga ia dapat meringankan serba sedikit beban rakyat khususnya golongan sasar dalam berdepan kesan pandemik COVID-19,” katanya.

Sementara itu, Fadillah berkata Pusat Khidmat Parlimen Petra Jaya sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai sekiranya terdapat penduduk yang memerlukan bantuan dalam kawasan parlimen itu akibat tercicir daripada senarai penerima bantuan atau jika ada yang terlepas pandang.

“Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Pusat Khidmat Parlimen itu iaitu Abdur Rahman Abdul Rahim  di talian 013-2644174 untuk DUN Tupong; Morshidi Said  di talian 013-8051971 untuk DUN Samariang dan Naz Ismadiee Khalit di talian 016-9247477 bagi DUN Satok,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.