nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UMNO jangan yang dikendong berciciran

13 JULAI: UMNO perlu segera menyelesaikan dilema dihadapi parti itu yang tidak lagi hidup dalam era keemasan sistem parti dominan dan perlu belajar menerima kedinamikan politik pakatan serta mengubah perilakunya untuk terus berdaya maju. 

Timbalan Presiden Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, ungkapan “We can have the Prime Minister tomorrow” adalah simbol kepada naratif lama parti dominan yang sudah semakin menghilang dari peta dunia, termasuk di Indonesia, Jepun, India dan Mexico, malah di Malaysia juga sejak berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“UMNO mungkin boleh menjatuhkan Perdana Menteri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tetapi untuk mengharapkan kejatuhan ini digantikan oleh Perdana Menteri dari UMNO dengan dukungan parti-parti induk yang menunjangi Kerajaan Perikatan Nasional (PN) lain adalah agak mustahil.

“Apa yang berlaku di Perak bila Menteri Besar dari BERSATU digantikan dengan Menteri Besar dari UMNO dengan dukungan parti-parti induk yang menunjangi Kerajaan Negeri PN lain tidak mungkin berulang di Putrajaya kerana suasananya jauh berbeza.

“Desakan begini, yang tidak disertai dengan sebarang arahan untuk diterjemahkan ke dalam bentuk tindakan sekali gus menyebabkan Ahli-Ahli Parlimen UMNO terus tercokol di dalam kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin, adalah tindakan tidak beretika,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

KAMARUL ZAMAN

Kamarul Zaman yang juga merupakan seorang penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) memberitahu pendekatan tersebut merupakan manifestasi kepada sindrom “hidup di dua alam” atau “main di dua kolam” yang menimbulkan keraguan besar ke atas prinsip kesetiaan, kepercayaan dan kebertanggungjawaban bersama mahupun unsur sabotaj di dalam kerajaan.

“Pemimpin UMNO perlu lebih berwaspada supaya tidak menjadi seperti satu peribahasa Melayu terkenal, “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”, yang bermaksud keuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula. 

“Bagaimanakah nasib UMNO jika selepas Ahli-Ahli Parlimen UMNO menarik diri tiba-tiba Ahli-Ahli Parlimen yang berada di luar daripada Kerajaan PN pula menyertai Kerajaan PN atas faktor “dulu kami menentang Kerajaan PN kerana adanya kluster mahkamah sahaja?,” soalnya. 

Oleh itu, Kamarul Zaman berkata masih belum terlambat untuk UMNO memikirkan kembali dengan secara lebih tenang, lebih rasional dan lebih sistematik pendekatan politiknya kerana sekiranya UMNO mahu kekal bersendirian dalam PRU 15, nasib pastinya tidak menyebelahi mereka.

Tambahan pula, kata beliau, dengan tersebarnya audio rakaman seorang Ahli MKT UMNO yang dikatakan merupakan Pengarah Pilihan Raya UMNO sewaktu mesyuarat MKT UMNO itu yang menyebut jentera pilihan raya UMNO belum bersedia untuk menghadapi PRU-15.

“Sebab itulah juga kekhuatiran mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, pada 8 Julai lalu bahawa tindakan UMNO itu akan menyerah balik kerajaan kepada PH semula sekali gus menyebabkan akan munculnya Pak Pandir Moden perlulah difikirkan.

“Sebaliknya, lebih wajar jika UMNO menggunakan peluang berada di dalam kerajaan sekarang untuk memperkukuhkan kedudukannya, apatah lagi dengan kuasa, pengaruh dan sumber yang jauh bertambah banyak bila kini memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Ini jauh lebih baik dari menjadikan masa depan MN dan BN di awang-awangan dengan membuat satu keputusan yang tidak dirunding terlebih dahulu bukan sahaja dengan Ahli-Ahli Parlimen BN tetapi juga di dalam Jawatankuasa Induk MN dan Dewan Tertinggi BN,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.