nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Varian Delta lebih cepat merebak di Malaysia

13 JULAI: Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan kes penularan wabak COVID-19 di Malaysia akan terus meningkat dalam tempoh dua minggu akan datang susulan lebih 11,000 positif dilaporkan di seluruh negara, dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata antara punca utama peningkatan kes COVID-19 dilaporkan hari ini adalah berikutan ujian saringan besar-besaran dilakukan di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan terutama di lokasi tempat kerja yang terletak dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

Dr Noor Hisham berkata faktor lain menyebabkan peningkatan angka kes adalah disebabkan penularan varian Delta COVID-19 yang lebih cepat merebak di seluruh negara ketika ini.

Beliau berkata varian Delta merebak dengan cepat dengan nilai kebolehjangkitan (Rt) antara lima hingga lapan, berbanding virus COVID-19 pertama yang dikesan di Wuhan, China iaitu nilai Rt sekitar 2.5 hingga tiga.

NOOR HISHAM

“Ini menjadikan 100 individu yang dijangkiti oleh varian Delta ini mampu menjangkitkan lebih 800 individu lain.

“Delta ini merebak dengan cepat dan jangkitan ini adalah melalui udara. Dalam masa yang singkat sahaja ia boleh dijangkiti,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, sebelum ini penularan COVID-19 di negara ini sudah mampu dikawal dan unjuran kes semasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) sejak Jun lalu juga mampu diratakan.

Beliau berkata sebelum pelaksanaan PKPD pada Jun lalu, dalam tempoh 10 hari kita dapat ratakan kes daripada 9,000 kes sehari kepada 5,000 hingga 6,000 kes sehari.

“Bagaimapun, kes positif COVID-19 dilihat meningkat secara mendadak sejak akhir-akhir ini yang disebabkan oleh varian Delta,” katanya.

Selain itu. Dr Noor Hisham juga mengesahkan 125 lagi kes kematian dilaporkan berlaku di seluruh negara hari ini termasuk 108 membabitkan rakyat tempatan dan 17 lagi warga asing, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif mangsa maut akibat wabak COVID-19 di Malaysia sekarang ialah 6,385 orang daripada 855,949 kes dilaporkan.

“Selangor kekal sebagai negeri tertinggi mencatatkan kes kematian dengan 57 kes, diikuti Kuala Lumpur (20), Negeri Sembilan (13), Melaka (9), Kedah dan Johor masing-masing tujuh kes; Pahang (3); Pulau Pinang, Perak, Sabah, dan Sarawak masing-masing dua kes, serta satu kes di Kelantan.

“Jumlah kes COVID-19 masih aktif adalah 96,236 kes termasuk 971 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 456
kes memerlukan bantuan pernafasan : 456 kes,” katanya.

Dalam pada itu, berkata KKM juga mengesan 23 kluster baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 3,116 kluster termasuk  2,246 kluster sudah tamat dan 870 kluster masih aktif.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.