nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Boleh kritik kerajaan namun perlu secara bijaksana-Saifuddin

15 JULAI: Semua pihak terutamanya ahli-ahli politik perlu lebih bijaksana ketika memberi pandangan termasuk mengkritik kerajaan yang sedang menangani pandemik COVID-19.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, walaupun semua pihak berhak melontarkan perkara itu, namun ia perlu dizahirkan dengan berhati-hati dalam kehidupan di sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. 

“Kita sedang berhadapan dengan pandemik yang sangat serius, luar biasa dan saya mengharapkan semua pihak harus bijaksana dalam kita menyuarakan pandangan dan buah fikiran itu. 

“Ini supaya ia dapat membantu kita menyelesaikan masalah yang sangat besar ini,” katanya pada sidang media sempena Program Kesihatan Mental secara sidang maya, hari ini.

Terdahulu, Saifuddin mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pelan Komunikasi Sokongan Kesihatan Mental bagi membincangkan perkembangan semasa pelaksanaan inisiatif sokongan kesihatan mental.

Pasukan yang ditubuhkan daripada pelbagai agensi dan kementerian itu bertujuan membantu menyelesaikan tekanan yang dihadapi masyarakat ketika negara masih lagi berdepan pandemik Covid-19 ketika ini.

Dalam pada itu, Saifuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Indera Mahkota memberitahu, adalah sangat penting untuk melihat kepada fakta dan sains kerana pandemik yang melanda dunia tidak mudah untuk ditangani. 

“Maksud saya boleh saja bercakap apa sahaja tetapi biarlah bergantung kepada fakta dan sains dengan matlamat untuk memperbaiki keadaan.

“Saya mungkin seorang ahli politik yang petah berbicara dan saya boleh berbicara dengan panjang lebar. tetapi, akhirnya rakyat akan menilai adakah yang saya bicarakan itu boleh membantu menyelesaikan masalah atau tidak,” katanya.

Sementara itu, mengulas berkenaan isu bunuh diri, Saifuddin menegaskan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau penularan video berkaitan bunuh diri dalam laman sosial.

Beliau berkata, KKMM memandang serius perkara itu bagi mengelak gejala peniruan bunuh diri (copycat suicides) yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

“Kita memandang serius individu yang menularkan video berkaitan bunuh diri sebab kita bimbang berlakunya gejala yang dipanggil copycat suicide.

“KKMM akan pantau perkara ini dan kita percaya polis juga memantaunya kerana secara lazimnya satu bentuk pemberitahuan akan diberi kepada pihak polis untuk perkara (video) itu dipadamkan,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.