nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Buat kajian dulu sebelum hentam Kerajaan Melaka

16 JULAI: PAS menyelar dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari yang mendakwa Kerajaan Negeri memerlukan pasukan yang cekap untuk menangani krisis COVID-19 secara sistematik dan teratur serta pemulihan ekonomi dapat disegerakan.

Justeru, Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Kamarudin Sidek menyeru kepada pembangkang agar melaksanakan kajian dengan teliti sebelum membuat ulasan tentang pentadbiran kerajaan negeri ini.

Menurut beliau, fokus membantu rakyat dalam situasi COVID-19 telah pun dilaksanakan melalui pakej rangsangan ekonomi yang membabitkan nilai RM174.53 juta melibatkan 60 inisiatif.

“Bahkan pakej rangsangan yang telah dibentangkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali itu adalah tertinggi selain Sarawak, jika mengikut populasi penduduk.

“Jumlah itu mengatasi apa yang dilakukan oleh negeri yang diperintah oleh PH seperti Selangor dan Pulau Pinang. Saya minta pimpinan PH Melaka ulang kaji dulu sebelum membuat ulasan tentang pentadbiran kerajaan negeri.

“Saya ingin mengingatkan agar pihak pembangkang supaya peka dengan perkembangan aktiviti kerajaan negeri agar tidak tertinggal kereta api,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, mengulas penjanaan ekonomi dan mengatasi pengangguran, beliau memaklumkan kerajaan negeri  Melaka telah melaksanakan kempen program Karnival Kerjaya peringkat daerah dan program ‘Penjana KPT’ yang menawarkan ribuan peluang pekerjaan.

Beliau yang juga Penasihat Agama kepada Ketua Menteri Melaka memberitahu kerajaan negeri juga telah mengalakkan rakyat membuka perniagaan tanpa memerlukan lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri. 

“Bantuan bagi orang yang sakit dan terjejas dengan pandemik COVID-19, kerajaan telah menggerakkan agensi terbabit secara optimum seperti Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk segera bertindak, ” katanya. 

Sementara itu, Kamarudin mengesahkan Pejabat Ketua Menteri Melaka juga hampir setiap hari menerima permohonan bantuan dan terus bertindak tanpa birokrasi.

“Sebenarnya banyak lagi usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Melaka semasa pandemik Covid-19 mula melanda negara.

“Apa yang penting ketepikan bermain politik di musim COVID-19 ini. Mari turun bersama kerajaan membantu rakyat yang memerlukan,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.