nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kompaun Langgar SOP Telah Diserah Kepada MB Kedah

19 JULAI: Polis telah menyerahkan kompaun kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan memandu uji sebuah kenderaan di Auto City Juru, Bukit Mertajam, bulan lalu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain enggan menjelaskan berapa nilai kompaun yang dikenakan kepada Muhammad Sanusi. 

“Kompaun telah diserahkan semalam, nilai kompaun tanya pada tuan badan sendiri,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang hari ini.

Semalam, Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor sedia untuk membayar kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan tidak memakai pelitup muka ketika hadir di sebuah pusat pameran kenderaan di Pulau Pinang, awal bulan lalu

Bagaimanapun, beliau memaklumkan, sehingga kini belum menerima sebarang notis untuk berbuat demikian daripada pihak polis.

Terdahulu, gambar dan video Menteri Besar Kedah berkenaan yang didakwa memandu uji sebuah kenderaan pacuan empat roda di Auto City Juru ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tular dan menimbulkan kemarahan dan persoalan kepada warga maya di media sosial.

Sehubungan itu, polis menjalankan siasatan selepas menerima laporan mengenainya dan merekodkan keterangan tujuh individu termasuk Muhammad Sanusi berhubung dakwaan melanggar SOP PKP. 

Sementara itu, mengulas perkembagan berbeza, Mohd Shuhaily mengingatkan orang ramai agar tidak merentas negeri atau daerah bagi menyambut Hari Raya Aidiladha dan sekatan jalan raya (SJR) akan terus diperketatkan bagi mengelak orang ramai melanggar arahan pihak berkuasa.

“Pihak polis telah menjalankan 46 SJR di negeri ini dan pada Sabtu lalu, sebanyak 30,406 kenderaan diperiksa dan 40 kenderaan diarah berpatah balik.

“Semalam pula, sebanyak 25,608 kenderaan diperiksa dan 190 daripadanya telah diarahkan berpatah balik,” katanya.

Tambahnya, mana-mana kenderaan yang didapati tidak mempunyai permit daripada pihak berkuasa akan diarahkan untuk berpatah balik.

“Orang ramai dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengurangkan penularan COVID-19 terutama pada musim perayaan ini.

“Bagi mana-mana pihak yang ingin melaksanakan ibadah korban, mereka juga perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri,” katanya

Get real time updates directly on you device, subscribe now.