nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Syed Saddiq dakwa diugut tuduhan liar

22 JULAI: Kenyataan Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan sewenangnya menuduh pendakwaan mahkamah ke atas dirinya disebabkan keengganan menyertai dan menyokong parti Perikatan Nasional (PN) amat mengecewakan. 

Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Senator Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, dakwaan itu merupakan satu tuduhan liar, tidak matang dan tiada asas yang jelas kerana mempunyai agenda tersendiri.

” (Tuduhan Syed Saddiq) seumpama pepatah Melayu: “Awak yang tidak pandai menari, dikatakan lantai yang berjongket,” kiasnya menerusi kenyataan media, hari ini. 

Dalam pada itu, Khairil Nizam memaklumkan pihaknya sentiasa berpegang pada prinsip kedaulatan undang-undang, di mana seseorang itu tidak bersalah selagi mana tidak dibuktikan bersalah.

Justeru, beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS memaklumkan pihaknya  menjunjung dan amat yakin dengan ketelusan dan integriti Institusi Kehakiman.

“Ia adalah medan terbaik untuk tertuduh mendapat keadilan, membuktikan diri tidak bersalah dan membersihkan nama.

“Pemuda PN sentiasa berpegang pada konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), beretika dan politik khidmat bakti, “katanya. 

Semalam, menerusi video di laman sosial Facebooknya, Presiden Penaja Parti Ikatan Demokratik (MUDA) itu mendakwa, jika beliau tidak menyertai PN, beliau diugut akan didakwa sejak setahun lalu.

Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, dakwaan mahkamah itu merupakan kemuncak kepada ugutan yang diterimanya setiap kali muncul isu undian di Parlimen.

Syed Saddiq dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan pecah amanah dana sebuah parti politik berjumlah RM1 juta, dan menyalahgunakan wang sumbangan RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.