nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ku Nan buka mulut pasal Tun Mahathir

22 JULAI : Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini membuka mulut selepas disahkan bebas oleh mahkamah bagi menjawab tuduhan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang mendakwa beliau terlepas daripada hukuman mahkamah kerana bersekongkol dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kata Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, kenyataan Tun Mahathir itu menggelikan hati kerana menurutnya, Tun Mahathir lebih kenal siapa dirinya, kerana bekas Perdana Menteri itulah yang mengajaknya menceburi politik.

“Aduhai Tun, sungguh menggelikan hati sebenarnya kerana Tun Mahathir sendiri sepatutnya amat kenal siapa saya. Bukankah Tun yang telah menjerumuskan saya dalam kancah politik, menarik saya untuk menceburi politik negara sedangkan saya ketika itu lebih selesa dalam bidang perniagaan.

“Alasan Tun adalah untuk saya berada dalam UMNO demi membantu perjuangan atas nama agama, bangsa dan negara.

“Lillahi Taala saya letakkan diri saya untuk agama, bangsa dan tanah air sehinggalah hari ini biarpun Tun sendiri menongkah arus dan merosakkan semuanya.

“Jati diri saya masih lagi ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ demi ‘Alif Ba Ta’ – Agama, bangsa, tanah air,” tegas Ku Nan menerusi satu kenyataan hari ini. 

Tambah Ku Nan yang juga merupakan Ahli Parlimen Putrajaya, mengapa beliau didakwa di mahkamah ketika di zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) bukan lagi satu rahsia.

Beliau mendakwa, dirinya adalah salah seorang mangsa pendakwaan terpilih apabila enggan menurut arahan Tun Mahathir untuk meninggalkan UMNO.

Era pentadbiran Pakatan Harapan (PH) menyaksikan beberapa kes mahkmah pemimpin PH telah digugurkan.

Jelasnya, bukan sekali pelawaan yang bertukar jadi pujukan itu diterimanya termasuk arahan untuk beliau meninggalkan UMNO serta menyertai ‘pengkhianat’ bangsa.

“Akhirnya ugutan sekiranya saya enggan tunduk bertukar menjadi realiti apabila saya didakwa di mahkamah atas alasan yang diada-adakan.

“Saya bukanlah lembu yang dicucuk hidung kerana jati diri dan maruah saya adalah tersemat untuk agama, bangsa dan tanah air yang telah saya ikrarkan.

“Saya didakwa dengan tuduhan rasuah bernilai RM2 juta yang tentunya bagi orang yang mengenali saya, waima Tun sendiri tahu bahawa nilai wang itu terlalu kecil.

“Malah sewaktu saya dilantik sebagai Timbalan Menteri di JPM tahun 2000, saya telah mengsiytiharkan nilai aset saya berjumlah RM980 juta ketika itu sehingga Tun sendiri terkejut,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, seandainya beliau memilih untuk bersama parti Tun Mahathir, kes pendakwaan terhadapnya dimahkamah akan digugurkan sekelip mata, seperti mana yang berlaku kepada beberapa pemimpin PH ketika itu.

Bagaimanapun menurut Ku Nan, beliau redha dengan apa yang tertulis dalam dalam perjalanan hidupnya itu dan inilah perjuangannya buat sebuah parti  politik yang berjihad demi agama, bangsa dan tanah air.

“Moga apa yang berlaku ini jadi inspirasi buat anak muda untuk akur dengan cabaran dan liku perjuangan dan teruslah berjuang dengan ikhlas,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.