nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Syed Saddiq perlu sediakan laporan audit wang derma

24 JULAI: Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perlu menyediakan laporan audit bagi membuktikan derma diterimanya dari orang awam benar-benar digunakan untuk membiayai kos guaman dan membayar wang ikat jamin kes pecah amanah dan penyelewengan dana parti membabitkan dirinya.

Ketua Penerangan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata biarpun penderma yang menyumbang dana berkenaan ikhlas memberi sumbangan namun Syed Saddiq perlu menyediakan laporan audit bagi memastikan dana berkenaan tidak disalahgunakan untuk tujuan lain.

“Penderma sudah pasti ikhlas mahu membantu, dan YB Saddiq pun sudah nyatakan bahawa beliau akan menyediakan laporan audit. Tetapi adakah dana tersebut akan dikenakan cukai?

“Adakah dana itu perlu dilaporkan sebagai pendapatan individu atau pendapatan syarikat, atau pendapatan apa? Adakah kos peguam peribadi termasuk sebagai dana politik?

“Semua ini memerlukan kita ada satu akta yang jelas mengenai pendanaan aktiviti politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 22 Julai lalu, Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan iaitu pecah amanah dana sebuah parti politik berjumlah RM1 juta, dan menyalahgunakan wang sumbangan RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Syed Saddiq didesak untuk mengemukakan laporan audit bagi membuktikan wang derma benar-benar digunakan untuk membiayai kos guamannya.

Bagaimanapun, Syed Saddiq, 29, yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengulas lanjut, Wan Saiful menggesa Syed Saddiq menghentikan segala lakonannya jika Ahli Parlimen Muar itu gagal membuktikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan pendakwaan terpilih dalam kes pecah amanah dan penyelewengan dana milik Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) BERSATU.

Wan Saiful berkata beliau kesal dengan kenyataan terburu-buru dibuat oleh Syed Saddiq yang mendakwa pendakwaan terhadapnya ialah satu pendakwaan terpilih.

Beliau berkata Syed Saddiq juga mendakwa kononnya dia diugut jika enggan sertai Perikatan Nasional (PN) maka dia akan didakwa.

“Saya bersimpati dan mendoakan agar YB Saddiq dapat menempuhi ujian ini dengan cekal. YB Saddiq seorang yang ada bakat. Jika betul dia diugut, maka segera laporkan kepada pihak polis supaya perkara jelek ini dapat dihapuskan.

“Jika tidak dapat dibuktikan dengan tuntas, maka YB Saddiq mesti menghentikan lakonan supaya segala simpati tidak hilang begitu sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Saiful juga mendakwa
Pakatan Harapan (PH) cuba menangguk di air yang keruh, dengan mendakwa kononnya curiga kenapa pendakwaan baru dilakukan sekarang sedangkan kesalahan itu berlaku sebelum PRU14.

“Saya nak tanya kembali kepada PH, kalau dah tahu kesalahan itu berlaku sebelum PRU14, kenapa semasa PH memerintah YB Syed Saddiq tidak didakwa?

“Adakah berlaku “pengecualian terpilih” yang tidak dimaklumkan kepada kami yang turut berada dalam PH masa itu? Kalau curiga, sebenarnya PH yang perlu jawab hal ini sebab curiga itu wujud di zaman PH. Bukan sekarang.

“Adakah ada apa-apa yang PH sembunyikan selama ini? Saya tengok peguam DAP begitu menonjol dalam mempertahankan kes ini.

“Bagaimanapun, bagi saya ada isu yang lebih besar dalam pendakwaan ini. Iaitu isu peraturan-peraturan berkaitan pendanaan politik,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata beliau gembira kerana pihak kerajaan PN telah mengambil langkah positif dalam memperkenalkan peraturan yang lebih berwibawa berkaitan pendanaan politik.

“Alhamdulillah kerajaan PN menerima laporan itu dengan baik, dan ia telah pun dibawa ke kabinet. Saya lihat ada pergerakan yang positif sekarang.

“Saya telah mengusulkan kepada rakan rakan dalam kabinet agar diputuskan dengan segera bagaimana untuk melaksanakan penambahbaikan yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC), termasuklah dalam hal pendanaan politik.

“Jika tidak diselesaikan segera, isu YB Saddiq mungkin menjadi lebih besar. YB Saddiq mungkin akan terus cekal, tetapi lebih baik kita tutup pintu-pintu kemudaratan akibat ketiadaan peraturan yang jelas.

“Contohnya, selain daripada kes yang beliau hadapi, bagaimana dengan sumbangan yang YB Saddiq raih daripada masyarakat untuk kos peguam dan ikat jamin?,” soalnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.