nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perkukuh Amalan Kerohanian Bagi Tangani COVID-19

25 JULAI: Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) menyeru masyarakat untuk memperkukuhkan amalan kerohanian dalam usaha menangani wabak COVID-19 dengan berkesan. 

Yang Dipertuanya, Datuk al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata sudah terbukti wabak ini bukan sahaja meragut banyak nyawa malah mengancam kehidupan generasi akan datang. 

“PUM meminta setiap individu Muslim agar sentiasa mematuhi perintah dan suruhan Allah SWT seperti amalan solat lima waktu, berzikir dan berdoa kepada-Nya. 

“Di samping itu, ibu bapa perlu memastikan anak-anak di bawah tanggungan mereka melaksanakan kewajipan tersebut dengan bersungguh-sungguh dan berkesan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini. 

AL-SYEIKH ABDUL HALIM

Bagi ahli masyarakat, al-Syeikh Abdul Halim  mencadangkan agar penganjuran amalan kerohanian seperti bermunajat, berzikir dan berselawat amatlah digalakkan.

Justeru, beliau berkata, bagi memantapkan amalan ini, sekolah-sekolah, masjid-masjid, agensi-agensi awam, pejabat-pejabat kerajaan dan swasta dan pelbagai pihak wajar menganjurkan program-program kerohanian.

“Penganjuran program tersebut perlu bagi menggalakkan semua ahli masyarakat bermunajat, berzikir dan berdoa kepada Allah di atas bala dan musibah yang melanda ini. 

“Syarikat-syarikat penyiaran, televisyen, radio dan seumpamanya juga digalakkan untuk terus mempertingkatkan aktiviti bersifat kerohanian untuk disalurkan kepada masyarakat. 

“Secara tidak langsung, ini juga akan membantu memulihkan jiwa mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19 seperti kemurungan, kegelisahan dan seumpamanya,” katanya. 

Sementara itu, Abdul Halim menjelaskan inilah masanya untuk semua pihak bermuhasabah di samping melaksanakan usaha-usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan berusaha mengelak perlakuan yang mengundang kemurkaan Allah SWT.

“PUM bersedia memberi kerjasama dengan mana-mana pihak bagi penganjuran tersebut. 

“PUM turut menyeru agar semua siaran media massa untuk berusaha mengajak masyarakat dengan amalan-amalan kerohanian, amalan taubat dan kembali mendekatkan diri kepada Allah SWT,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.