nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

80 peratus penduduk dewasa lengkap 2 dos vaksin suku pertama 2022

26 JULAI : Dijangkakan 80 peratus penduduk dewasa di Malaysia akan menerima dos lengkap vaksin menjelang suku pertama 2022.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kerajaan setakat ini telah mencapai kapasiti kadar suntikan sebanyak lebih 500 ribu dos sehari.

Jelas Muhyiddin lagi, lebih 16 juta penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas sudah divaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sejak dilancarkan pada 24 Februari lalu.

“Daripada jumlah itu 11 juta penduduk Malaysia sudah menerima sekurang-kurang satu dos suntikan vaksin, manakala  5 juta lagi sudah lengkap divaksinasi.

“Kerajaan ini tidak sempurna. Tetapi apa yang benar juga ialah kerajaan hari ini tidak berpeluk tubuh membiarkan rakyat menderita, malah sentiasa bergerak dan bertindak untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat.

“Bagaimanapun, kerajaan sedang berusaha sedaya mungkin untuk mengatasi kemelut yang kita hadapi ini dengan mempercepatkan program vaksinasi.

“Malah, Malaysia hari ini adalah antara negara yang terpantas memvaksinasi penduduknya,” katanya dalam sesi penerangan mengenai pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) di sidang khas Parlimen hari ini.

Muhyiddin berjata dijangkakan 80 peratus penduduk dewasa di Malaysia akan menerima dos lengkap vaksin menjelang suku pertama 2022.

Terdahulu, Muhyiddin berkata melalui Pelan PPN, Kerajaan akan memastikan proses vaksinasi dijalankan dengan teratur, cepat dan meliputi seluruh pelusuk negara.

Perdana Menteri juga menegaskan program vaksinasi adalah kunci utama kejayaan kita melawan COVID-19 dan sehingga kini, kerajaan telah menempah 79.9 juta dos vaksin.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 25.2 juta dos telah diterima. Dijangkakan kita akan menerima jumlah keseluruhan 37.3 juta dos pada bulan Ogos. Sebanyak 21.9 juta dos lagi akan diterima pada suku ke empat 2021 dan baki selebihnya akan diterima pada suku pertama 2022.

“Insha-Allah, program PICK akan terus diperhebat supaya sasaran 100 peratus penduduk dewasa menerima dos lengkap vaksin dapat dicapai lebih awal, iaitu pada bulan Oktober tahun ini,” katanya

Katanya lagi, kerajaan juga sedar, peningkatan kes yang berlaku kini disebabkan sebahagian besarnya oleh penularan di tiga buah negeri di jajaran Lembah Kelang iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sebahagian Negeri Sembilan yang menyumbang lebih 70 peratus daripada keseluruhan kes jangkitan harian.

“Melalui penubuhan, dengan izin, Greater Klang Valley Special Task Force, Kerajaan Pusat akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri yang berkenaan untuk memastikan penularan virus ini dapat dikawal dan yang paling utama hospital-hospital mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk berfungsi dengan berkesan.  

“Selain itu, di bawah Operasi Lonjakan Kapasiti atau dengan izin Operation Surge Capacity, dijangkakan 100 peratus penduduk dewasa di negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang berjumlah 6.1 juta orang akan menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19 menjelang awal bulan Ogos nanti,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.