nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ordinan Darurat masih berkuat kuasa hingga 1 Ogos

28 JULAI: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyangkal dakwaan Ahli Parlimen pembangkang kononnya tindakan kerajaan dalam membatalkan Ordinan Darurat tidak mengikut prosedur dan undang-undang. 

Beliau menegaskan proklamasi darurat sama sekali tidak terbatal sehingga tarikh penamatan yang ditetapkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah iaitu 1 Ogos hadapan.

Annuar berkata, kerajaan sebenarnya tidak perlu mengemukakan notis atau mendapatkan pengisytiharan Yang di-Pertuan Agong bagi menamatkan Proklamasi Darurat ekoran proklamasi itu sendiri sudah mempunyai tarikh luput ditetapkan.

“Maka sehingga hari proklamasi itu masih berkuat kuasa, kita masih berada dalam perintah darurat. Tidak perlu ada notis untuk menamatkan Proklamasi Darurat kerana sifat proklamasi itu sendiri sudah mempunyai tarikh tutup.

“Kalau kerajaan mahu sambung darurat, kerajaan perlu memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi mewartakan Proklamasi Darurat baharu. 

“Jadi bila kerajaan berhasrat tidak mahu sambung, kerajaan buat ketetapan umum di Parlimen untuk tidak berhasrat menasihati Seri Paduka Baginda bagi tujuan demikian,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Mengulas lanjut Annuar memaklumkan proses pembatalan Ordinan Darurat yang dilaksanakan kerajaan ketika ini adalah tertakluk dan mengikut proses teknikaliti yang berlandaskan kepada aspek perundangan sewajarnya. 

Beliau menegaskan dua cara dilaksana kerajaan dalam pembatan ordinan darurat iaitu kerajaan sendiri membatalkannya dengan keputusan itu perlu dipersetujui Jemaah Menteri, kemudian akan diangkat untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum tertakluk kepada perkenan Seri Paduka Baginda.

“Cara kedua, kerajaan juga menggunakan cara dengan membawa usul pembatalan ordinan darurat berkenaan ke Parlimen untuk dibahaskan yang dipanggil proses ‘amendment’ atau dipakai terus menjadi sebahagian rang undang-undang baharu bagi tempoh enam bulan berikutnya.

“Apa yang berlaku di Parlimen ketika ini adalah kerajaan memaklumkan hasrat untuk tidak memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi memohon Proklamasi Darurat baharu dengan kesemua ordinan darurat hendak dibatalkan.

“Justeru, proses teknikaliti pembatalan darurat perlu bermula dengan keputusan Jemaah Menteri, selepas itu perlu diangkat kepada Yang di-Pertuan Agong dengan perkara ini sudah pun dilaksanakan. Seterusnya tertakluk kepada perkenan Seri Paduka Baginda untuk membatalkannya atau tidak,” katanya. 

Dalam pada itu, Annuar memaklumkan sekiranya Seri Paduka Baginda tidak memperkenankan permohonan pembatalan enam ordinan darurat yang dibuat sejak 14 Mac lalu, maka kesemua ordinan berkenaan sebenarnya masih terpakai secara automatik daripada tarikh 21 Julai lalu sehingga tempoh enam bulan selepas tarikh proklamasi tamat iaitu 1 Ogos.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Ketereh berkata, hal ini kerana mana-mana ordinan yang dibuat di bawah kaedah darurat, sekiranya tidak dibatalkan kerajaan, masih boleh berkuat kuasa dalam tempoh enam bulan selepas tempoh proklamasi darurat tamat.

“Proses mewartakan pembatalan ordinan darurat bukan boleh dibuat dalam tempoh 24 jam dan memberi jaminan kerajaan sedang berusaha menyempurnakan proses itu secepat mungkin.

“Selepas keputusan Jemaah Menteri, Peguam Negara kemudiannya kena buat draf pewartaan pembatalan ordinan darurat. Selepas itu, draf itu akan diangkat untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan Seri Paduka Baginda.

“Apabila diperkenankan, draf itu perlu diwartakan kepada umum. Jadi proses pembatalan ordinan darurat bukan boleh dibuat dalam tempoh 24 jam. Proses itu perlu mengambil masa dan ia sedang berjalan,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.