nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dr Noor Hisham beri suntikan vaksin di PPVB Seri Menanti

29 JULAI : Beberapa penduduk di Seri Menanti Kuala Pilah bertuah kerana diberikan suntikan vaksin oleh Ketua Pengarah Kesihatan sendiri, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika menyertai program Pusat Pemberian Vaksin Bergerak (PPVB) oleh Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) semalam.

Dr Noor Hisham melalui hantaran di Facebook rasminya turut berkongsi gambar beliau memberikan suntikan vaksin kepada penduduk di kawasan itu.

“Alhamdulillah, pada pagi Rabu saya telah berpeluang menyertai  program pemberian vaksin bagi penduduk di Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan di PPVB Seri Menanti,” ujarnya. 

Seorang penerima vaksin di PPVB Seri Menanti yang bertuah kerana diberikan suntikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan.

Katanya lagi,  PPVB Seri Menanti  diwujudkan khas bagi penduduk Seri Menanti, Kuala Pilah di Negeri Sembilan bagi mempercepatkan pemberian vaksin di kawasan berkenaan.

Jelasnya, program PPVB Seri Menanti di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) itu sudah bermula Isnin lalu hingga Jumaat ini dan menyasarkan 80 peratus penduduk atau 2,500 individu akan diberikan suntikan vaksin bagi dos pertama.

Dr Noor Hisham berkata, PPVB sebegini bertujuan menyediakan akses yang lebih luas kepada masyarakat luar bandar untuk mendapatkan vaksin, terutama bagi mereka yang belum mendaftar untuk vaksinasi di bawah PICK atau pun belum menerima tarikh janji temu melalui aplikasi MySejahtera.

“Sehingga 28 Julai, seramai 1,728 penduduk di sekitar Seri Menanti sudah divaksinasi melalui dua kaedah penyampaian iaitu pusat pemberian vaksin satelit di Seri Menanti Resort bagi individu yang stabil.

“Sementara itu, kaedah yang kedua akan dilakukan menerusi lawatan rumah ke rumah dalam kawasan Seri Menanti bagi pesakit yang terlantar di rumah atau warga emas, orang kurang upaya (OKU) yang tiada kemampuan fizikal atau mental untuk hadir ke PPV,” katanya lagi.

Program tersebut menurut beliau mendapat kerjasama HCTM Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Pengajian Tinggi (IPT), Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dan Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan.

“Bantuan turut diberikan oleh Pejabat Daerah Kuala Pilah, pihak berkuasa tempatan (PBT), pemimpin masyarakat tempatan, ketua kampung, Polis Diraja Malaysia dan beberapa agensi berkaitan.

“Jutaan terima kasih diucapkan kepada kesemua sukarelawan, petugas dan pemimpin masyarakat tempatan yang memberikan kerjasama baik dalam menjayakan program ini.

“Bagi mengatasi cabaran liputan internet yang terhad di kawasan luar bandar pula, sebuah syarikat telco swasta menyediakan perkhidmatan internet demi kelancaran pengoperasian PPVB ini tanpa caj,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.