nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

29 Individu, Penganjur Himpunan Haram Dikenal pasti

1 OGOS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan ke atas penganjur dan peserta yang menyertai perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ di sekitar Dataran Merdeka, semalam. 

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan akan dilakukan di bawah peruntukan Akta 342 dan akta-akta yang relevan terhadap perhimpunan haram tersebut. 

Beliau mengesahkan seramai 29 individu telah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk melengkapkan kertas siasatan manakala beberapa individu lain masih dalam proses dikenal pasti daripada rakaman video dan gambar. 

“Pemantauan polis ketika perhimpunan itu telah mengesan insiden di mana penganjur dan peserta perhimpunan secara jelas telah melanggar syarat-syarat prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN). 

ACRYL

“Mereka juga secara jelas telah melanggar peraturan-peraturan pencegahan dan pengawalan penyakit-berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 yang sedang berkuat kuasa. 

 “Kesemua individu yang terlibat diminta memberikan kerjasama terhadap siasatan penganjuran perhimpunan tersebut,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini. 

Dalam pada itu, Acryl memaklumkan PDRM telah menerima lebih daripada 20 laporan polis di seluruh negara yang membantah penganjuran perhimpunan tersebut. 

Beliau berkata, pihaknya sebelum ini sudah beberapa kali memberi peringatan supaya semua pihak mematuhi SOP PPN demi keselamatan orang ramai serta menyatakan pendirian bahawa tindakan akan diambil ke atas mana-mana pihak yang sengaja melanggar SOP. 

“Oleh yang demikian, sikap penganjur dan peserta yang berdegil untuk mengadakan perhimpunan walaupun telah diberikan nasihat agar mengutamakan keselamatan kesihatan. 

“Ini merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab, lebih-lebih lagi dalam situasi semasa penularan wabak COVID-19 yang memerlukan kerjasama semua untuk dibendung,” katanya. 

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim memaklumkan seramai 450 individu yang menyertai perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ di sekitar Dataran Merdeka, semalam akan dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Beliau berkata, kesemua mereka yang telah dikenal pasti menyertai perhimpunan itu akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, dalam masa terdekat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.