nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Musa Hassan gesa Ahli Parlimen sertai demo diambil tindakan

2 OGOS: Polis diminta tidak mengamalkan ‘double standard’ atau pilih kasih dalam mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen mahu pun orang awam yang menyertai perhimpunan haram.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata pihak berkuasa perlu konsisten dalam mengambil tindakan terhadap orang ramai yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Musa berkata, mereka perlu ditangkap seperti tindakan diambil terhadap sekumpulan jemaah masjid yang menunaikan solat sunat Aidiladha di tempat awam di Pulau Pinang, baru-baru ini.

“Pihak berkuasa perlu konsisten di dalam mengambil tindakan. Mereka yang melanggar PKP perlu ditangkap seperti tindakan di Seberang Perai sewaktu sembahyang raya beramai-ramai di tempat awam,” katanya menerusi ciapan menerusi akaun di Twitternya hari ini.

Musa juga turut berkongsi laporan berita mengenai penangkapan 49 lelaki bagi membantu siasatan kes pelanggaran SOP dengan melakukan solat sunat Aidiladha di atas jalan berhampiran Surau Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang pada 20 Julai lalu.

Kenyataan Musa itu dipercayai berkaitan tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang berhimpun di Dataran Merdeka kerana membantah penggantungan Parlimen selama dua minggu susulan terdapat 11 petugas dikesan positif COVID-19.

Terdahulu, media melaporkan semua Ahli Parlimen dan individu menghadiri perhimpunan haram berhampiran Dataran Merdeka, pagi tadi, akan dipanggil memberi keterangan kepada polis, dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata semua mereka akan dirakam percakapan sebelum polis melengkapkan kertas siasatan yang akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.

Azmi juga mengesahkan sehingga kini polis sudah menerima dua laporan di sekitar Kuala Lumpur, berhubung perhimpunan berkenaan.

“Pada mulanya kita sendiri mendapat maklumat mengenai perancangan beberapa individu yang ingin menganjurkan perhimpunan di bangunan Parlimen, sebelum polis mendapat maklum balas daripada Parlimen bahawa tiada sebarang perhimpunan akan diadakan.

“Susulan itu Polis Kuala Lumpur kemudian membuat persediaan menutup sebahagian jalan di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur terutama menuju ke bangunan Parlimen,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.