nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perhimpunan haram: Hanya 64 MP pembangkang hadir

3 OGOS: Ini bukanlah kali pertama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa kerajaan sudah tumbang. 

Jika diimbas pada masa lalu, Anwar pernah mengumumkan untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008, namun perkara itu tidak berlaku.

Beliau yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) kemudian mengumumkan mempunyai majoriti kukuh iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan.

Istilah yang sering digunakan pada ketika itu ialah strong, formidable and convicing atau dalam terjemahan bahasa Melayu kuat, menggerunkan dan meyakinkan.

Anwar mendakwa, sokongan ahli Parlimen itu daripada pelbagai parti termasuk yang berpihak kerajaan sedia ada, namun enggan mendedahkan jumlah yang menyokongnya.

Anwar hanya bersendiwara untuk membentuk kerajaan sedangkan hanya 64 MP pembangkang hadir di perhimpunan haram di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam.

Bagaimanapun sejak September 2020 sehingga kini, kerajaan yang dibayangkan oleh Ahli Parlimen Port Dickson itu belum menjadi kenyataan.

Pada Isnin, beliau sekali lagi mengumumkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah tumbang dan mendakwa beberapa ahli Parlimen PN telah menyatakan menarik sokongan kepada kerajaan.

Di hadapan ahli-ahli Parlimen pembangkang ketika berhimpun di Dataran Merdeka sebelum berarak ke Parlimen pada pagi semalam, Anwar mendakwa, beliau memiliki sebanyak 107 sokongan namun hakikat sebenar Anwar hanyalah bersandiwara. 

Perhimpunan haram semalam di Dataran Merdeka hanyalah menyaksikan hanya 64 Ahli Parlimen pembangkang yang hadir dan perkara ini telah menimbulkan keraguan bahawa Ketua Pembangkang itu mempunyai majoriti di Parlimen. 

Sumber memaklumkan, jumlah tersebut dianggap terlalu kecil dan tidak mencukupi untuk menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu malah jumlah ahli Parlimen PKR yang hadir untuk berarak ke Parlimen ketika itu hanya 24 orang daripada jumlah keseluruhan 35 wakil mereka di Dewan Rakyat.

Wakil rakyat DAP yang hadir pula hanya 22 orang, sementara semua wakil Parti Pejuang yang dikemudi Tun Dr Mahathir Mohamad turut serta dalam himpunan tersebut kecuali Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh. 

“Bagi wakil Amanah, Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Mohd Anuar Tahir; Ahli Parlimen Lumut, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli dan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Dr Hasan Bahrom juga tidak hadir ketika perhimpunan itu dan hanya lapan orang ahli Parlimen hadir. 

Tahun lalu, Anwar sebelum ini pernah mendakwa dirinya memiliki majoriti susulan sepucuk surat sokongan yang ditandatangani Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan rakannya, Datuk Seri Najib Razak yang dihantar ke Istana Negara.

Anwar juga dalam dua sidang media tahun lalu beria-ria mendakwa memiliki majoriti kukuh untuk dilantik menjadi PM sebelum memalukan dirinya sendiri selepas gagal menunjukkan bukti sokongan dimilikinya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.