nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Muhyiddin Jumpa Agong Hari ini

4 OGOS: Istana Negara akan menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa serta seluruh rakyat hari ini yang menantikan pertemuan antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ia susulan kemelut politik negara yang semakin panas semalam apabila Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara membuat ketetapan parti itu menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri.  

Perdana Menteri dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, di Istana Negara, kira-kira jam 11 pagi hari ini sebelum mengadakan mesyuarat jemaah menteri sejam kemudian. 

Adalah kebiasaan Muhyiddin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet pada setiap Rabu.

Perdana Menteri semalam menyatakan bahawa mesyuarat itu akan membincangkan perihal untuk membahas dan mengungkaikan ordinan-ordinan darurat boleh dibawa dalam sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada September 2021.

MUHYIDDIN dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong susulan kemelut politik negara di Istana Negara jam 11 pagi ini.

Namun, pertemuan itu difahamkan turut akan membincangkan berkenaan keputusan MKT UMNO semalam.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan UMNO memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah dan tidak akan mempertahankan kerajaan PN yang didakwa gagal di mata rakyat selaras Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.

Walaupun diuar-uarkan hebat menerusi media sosial sejak malam tadi bahawa 12 Ahli Parlimen UMNO bersama Ahmad Zahid namun difahamkan tidak semua yang bersama Presiden UMNO itu telah menandatangani SD dan Zahid masih belum mengesahkan perkara itu. 

Ini dibuktikan dengan kenyataan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim telah mendedahkan seramai 36 Ahli Parlimen UMNO/BN sudah menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan PN dan kepimpinan Muhyiddin.

“Saya difahamkan bahawa terdapat 11 atau 12 Ahli Parlimen UMNO yang menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Perdana Menteri termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi, Datuk Seri Najib Razak (Ahli Parlimen Pekan), Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Datuk Seri Azalina Othman.

“Bagaimanapun, daripada jumlah itu saya difahamkan terdapat empat Ahli Parlimen UMNO yang menandatangani SD kembali menyokong kerajaan PN biarpun mereka sudah menarik sokongan kepada Perdana Menteri,” katanya. 

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin turut mengesahkan, dalam pertemuan yang berakhir kira-kira jam 1.45 pagi di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam juga tiada sebarang peletakan jawatan baharu dimaklumkan oleh Ahli-Ahli Parlimen UMNO. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.