nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Muhyiddin sedia hadapi usul undi percaya di Parlimen September ini

4 OGOS: Suatu usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dibentangkan di Persidangan Dewan Rakyat pada September ini. 

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri menerusi perutusan khas hari ini yang menyatakan melalui cara tersebut, kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan dalam ditentukan berlandaskan peruntukan Perlembagaan.

Muhyiddin berkata, perkara itu dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ketika sesi menghadap Seri Paduka, pada jam 11 pagi tadi di Istana Negara.

“Saya sedar bahawa kedudukan saya sebagai Perdana Menteri seringkali dipersoalkan. Justeru, saya telah menyembah maklum kepada Seri Paduka Baginda bahawa saya akan menentukan keabsahan saya sebagai Perdana Menteri di Parlimen.

“Suatu usul undi percaya kepada saya akan dibentangkan di Persidangan Dewan Rakyat bersidang pada bulan September. Melalui cara ini, kedudukan saya sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional sebagai kerajaan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan.

“Alhamdulillah, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan cadangan saya ini,” katanya yang mengambil pendekatan menjelaskan kepada orang ramai tentang kedudukan Kerajaan PN dan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri.

Beliau juga memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana harus tampil menerangkan polemik politik yang sedang berlaku dalam keadaan negara sedang berhadapan dengan cabaran besar menangani pandemik COVID-19. 

Justeru, Muhyiddin menegaskan ketika ini kedudukannya sebagai Perdana Menteri masih utuh dan mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Dalam majlis menghadap pagi ini, saya telah menyembah maklum kepada Seri Paduka Baginda bahawa saya telah menerima sejumlah surat akuan daripada Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang meyakinkan saya bahawa saya masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat pada masa ini.

“Sehubungan itu, peletakan jawatan saya di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit,” katanya. 

Sementara itu, Perdana Menteri memaklumkan Jemaah Menteri dan jentera pentadbiran kerajaan akan terus berfungsi untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara, khususnya dalam menangani pandemik COVID-19.

Pada masa sama, Muhyiddin menyeru kepada semua penjawat awam, khususnya petugas barisan hadapan agar terus tabah melaksanakan tugas dan tanggungjawab tanpa terganggu dengan kemelut politik yang sengaja dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh. 

“Saya tahu bahawa mereka kurang senang dengan ketegasan saya untuk tidak melayan beberapa tuntutan mereka. Ini termasuk desakan supaya saya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah. 

“Saya juga telah dituduh menderhaka kepada Raja sedangkan apa yang saya lakukan adalah semata-mata untuk memelihara keluhuran Perlembagaan dan mempertahankan kemuliaan institusi Raja Berperlembagaan.

“Saya tidak akan mengorbankan prinsip saya dan membelakangi sumpah jawatan saya untuk menunaikan segala kewajipan dengan jujur, menumpahkan taat setia kepada Raja dan Negara serta memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan. Saya doakan agar rakyat dan negara kita terus dilindungi oleh Allah dan kepada-Nya jua lah kita berserah,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.