nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tolak Sebarang Langkah Politik, Utamakan COVID-19

4 OGOS: Sebarang langkah politik perlu diketepikan buat masa ini demi memastikan sebarang usaha kerajaan dapat dilaksanakan agar negara terus dilindungi daripada penularan pandemik COVID-19.

Justeru, Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyatakan rasa terkilan terhadap gerakan politik yang dilakukan sebilangan Ahli Parlimen yang mendokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) semalam.

Beliau berkata, tindakan itu sekali gus menolak keutamaan kepada sebarang usaha untuk mengurus dan menyelesaikan masalah yang lebih penting dihadapi negara ketika ini.

“Sebagai seorang Ahli Parlimen, saya amat terkilan dengan gerakan politik yang dilakukan sebilangan rakan Ahli Parlimen semalam yang memutuskan untuk menarik sokongan terhadap kerajaan PN dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

AHMAD FAIZAL

“Tatkala rakyat Malaysia terus menderita akibat pandemik COVID-19, masih ada dalam kalangan Ahli Parlimen terbabit meneruskan agenda politik demi kepentingan peribadi. 

“Untuk itu, saya memohon kepada semua rakan Ahli Parlimen untuk meneruskan khidmat usaha dengan menjalankan kewajipan dan tugas hakiki dalam bersama melindungi rakyat dan negara,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu, UMNO telah menarik sokongan terhadap Muhyiddin serta kerajaan PN dan partinya sudah menghantar surat akuan kepada Seri Paduka Baginda dengan angka yang menunjukkan PN sudah hilang majoriti.

Walaupun diuar-uarkan hebat menerusi media sosial sejak malam tadi bahawa 12 Ahli Parlimen UMNO bersama Ahmad Zahid namun Perdana Menteri mengesahkan hanya lapan sahaja yang bersama Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal memaklumkan beliau menyokong penuh kepimpinan kerajaan kini yang sentiasa menjaga kepentingan rakyat yang memerlukan pembelaan dalam berdepan situasi kritikal. 

Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berpendapat ini bukan masanya untuk bertindak demi kepentingan diri sendiri.

“Rakyat ternyata muak dan bosan dengan senario politik negara. Lebih mengecewakan apabila ada dalam kalangan Ahli Parlimen terbabit, sanggup memperjudikan nasib rakyat.

“Ini demi kelangsungan karier politik mereka tanpa sedetik pun mendahulukan kesejahteraan negara dalam menangani pandemik yang melanda,” katanya.

Dalam pada itu, Bekas Menteri Besar Perak itu berkata, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang berjalan ketika ini terbukti mencapai kepantasan rekod dengan purata 500,000 dos sehari.

“Negara juga disifatkan berada di landasan yang betul untuk memastikan semua rakyat menerima vaksin menjelang akhir Oktober. Kadar kemasukan pesakit ke hospital akan menurun apabila semakin ramai yang mendapat vaksin. 

“Pengorbanan barisan hadapan yang bertugas tanpa henti juga perlu diberi perhatian dalam berdepan waktu yang sukar ini,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.