nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

STAR Tetap Teguh Sokong PN dan Muhyiddin

5 OGOS: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) berpendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin masih lagi seorang Perdana Menteri walaupun menerima pelbagai tekanan yang mendesak beliau untuk berundur.

Justeru, Presidennya, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan menegaskan pihaknya akan tetap teguh menyokong kepimpinan Muhyiddin dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN). 

“Muhyiddin masih Perdana Menteri di bawah perlembagaan. Parlimen akan bersidang pada September dan semua ahli Parlimen berpeluang menentukan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri.

Di bawah perlembagaan, Muhyiddin masih lagi Perdana Menteri.

“Sementara itu, tuduhan-tuduhan bahawa beliau menderhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, adalah tidak berasas. 

“Tuduhan tersebut sangat mengganggu pada saat kita semua sepatutnya bekerjasama, baik kerajaan mahupun pembangkang untuk memerangi COVID-19,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

UMNO semalam yang sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Muhyiddin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan UMNO memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan kerajaan PN yang didakwa gagal di mata rakyat selaras Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.

Dalam pada itu, Jeffrey memaklumkan usaha kerajaan untuk menghentikan penyebaran COVID-19 terjejas oleh gangguan politik yang berterusan dan melemahkan usaha melaksanakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) seperti dijadualkan.

Apa yang menyedihkan, Ahli Parlimen Keningau itu berkata, sepanjang empat hari Parlimen bersidang, pihak pembangkang berkeras bermain politik tanpa menyumbang apa-apa dalam memerangi COVID-19.

“Apa yang kita perlukan sekarang adalah komitmen tidak berbelah bahagi kerajaan untuk memastikan negara berada di landasan yang betul dalam memulihkan ekonomi demi kebajikan rakyat.

“Pembangkang harus memberikan kerajaan peluang untuk melaksanakan pelan pemulihan ini,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.