nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Vaksin Moderna dilulus kegunaan untuk bencana

5 OGOS: Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) hari ini memberikan kelulusan bersyarat vaksin COVID-19, jenis Moderna bagi kegunaan semasa bencana.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ketika mengumumkan perkembangan itu berkata kelulusan pendaftaran bersyarat berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat PBKD kali ke-362 yang bersidang, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kelulusan sedemikian memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin itu dipantau serta dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

Beliau berkata kelulusan bersyarat berkenaan bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif.

“Mesyuarat telah bersetuju memberikan kelulusan  pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi produk Spikevax 0.20 mg/ml Dispersion for Injection COVID-19 mRNA Vaccine (nucleoside modified) dari pemegang pendaftaran produk (PRH) Zuellig Pharma Sdn. Bhd. dan pengilang Rovi Pharma Industrial Services, Sepanyol. Produk Spikevax ini juga dikenali sebagai  vaksin COVID-19  Moderna.

“KKM juga sentiasa komited dalam mempertingkatkan akses kepada produk vaksin COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, sehingga kini PBKD sudah memberikan kelulusan bersyarat kepada beberapa jenis vaksin COVID-19 termasuk Moderna, CanSino, Sinopharm, Johnson & Johnson (J&J), AstraZaneca, Sinovac dan, Pfizer untuk kegunaan semasa bencana.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.