nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Noh sokong hingga keabsahan Muhyiddin di Dewan Rakyat

6 OGOS: Ahli Parlimen BN-Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar menegaskan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional (PN) hingga keabsahan kerajaan sedia ada ditentukan pada sidang Dewan Rakyat, September ini.

Noh berkata, keputusan itu dimuktamadkan bagi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong yang menyerahkan kepada Dewan Rakyat untuk menentukan keabsahan kerajaan PN dan kedudukan Muhyiddin.

Bagaimanapun, Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) itu menegaskan beliau akur dan bersetuju dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO supaya menarik balik sokongan berkenaan pada persidangan Dewan Rakyat nanti.

“Saya bersetuju dengan hasil perbincangan bersama Ahli Parlimen pagi tadi, iaitu kerajaan PN pimpinan Muhyiddin masih sah hingga Parlimen bersidang pada September ini untuk menentukan keabsahan kedudukan Perdana Menteri yang telah pun sedia maklum oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Baginda bersetuju supaya keabsahan, sokongan atau pun kedudukan Perdana Menteri hendaklah diputuskan dalam Parlimen dan Muhyiddin berjanji usul undi percaya akan dibawa ke Parlimen pada September ini.

“Jika ada keputusan sebaliknya, saya sebagai Ahli Parlimen yang patuh pada sumpah dan menjunjung Perlembagaan, saya akan patuhi titah Yang di-Pertuan Agong,” katanya pada sidang media secara maya, hari ini.

Beliau mengulas dokumen tular di media sosial yang dikatakan ada tandatangan beliau sebagai menyokong Muhyiddin.

Terdahulu, beliau dilapor menandatangani pendirian diputuskan pada pertemuan membabitkan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengulas hasil pertemuan itu, Noh berkata, beliau bersetuju supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan bersama Ahli Parlimen parti itu.

Noh berkata tindakan itu perlu bagi memberi penerangan kepada Ahli Parlimen UMNO mengenai keputusan parti supaya menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri.

“Ini saya setuju kerana majoriti ahli MKT bukan Ahli Parlimen yang akan melaksana dan menunaikan keputusan parti. Mereka (Ahli Parlimen) hanya tahu keputusan menarik sokongan dan mereka telah maklum.

“Bagaimanapun, Ahli Parlimen ini perlu mendapat penjelasan lebih menyeluruh mengenai keputusan ini kerana tidak terlibat dalam mesyuarat MKT,” katanya.

Noh yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO menafikan dakwaan beliau mudah ‘dibeli’ atau berpendirian ‘flip flop’ berhubung sokongan kepada kerajaan PN dan Muhyiddin.

“Pendirian saya sebagai pemimpin UMNO, yang benar kata benar, kalau tak benar kata tak benar. Saya berani bercakap perkara benar atau tidak (secara) berdepan, bukannya cakap depan lain, belakang lain. Itu bukan Noh Omar.

“Saya akur dan akan bersama UMNO untuk menunaikan kehendak parti. Saya sedar saya menjadi Ahli Parlimen Tanjong Karang ini bukan kerana Noh Omar, tetapi kerana lambang Barisan Nasional (BN).

“Jentera parti yang bekerja untuk saya, maka apa pun saya kena setuju kepada keputusan parti. Tanpa parti, siapalah saya,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.