nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ahmad Zahid perlu bezakan keutamaan tugas Menteri

6 OGOS : Taat setia dan rasa hormat ahli-ahli UMNO terhadap kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu dilakukan secara membuta-tuli. 

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Kartini Aboo Talib berkata, ini kerana jelas dalam situasi politik ketika ini, kepimpinan Ahmad Zahid dipertikai dari segi dedikasi dan kewibawaan setelah beberapa siri kesalahan melibatkan integriti terhadap UMNO dan ahli-ahli UMNO.

Beliau berpandangan, Ahmad Zahid yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk patut meletakkan jawatan secara terhormat, tidak perlu mendabik dada menegakkan benang yang basah dan berterusan bersekongkol dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menjatuhkan kerajaan.

“Jika benar perjuangan Ahmad Zahid selama ini untuk bangsa, agama dan negara, maka beliau perlu dengan secara terhormat melepaskan jawatan Presiden UMNO, menumpukan tenaga dan usaha menjawab kes mahkamah beliau.

“Saya memuji Muhyiddin dan kerajaan kerana benar-benar mahu mengembalikan keluhuran separation of power dengan tidak campur tangan dalam urusan kehakiman dan keadilan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Profesor Dr Kartini Aboo Talib

Dalam pada itu, Kartini memberitahu tidak wajar bagi Ahmad Zahid mahu mengenakan tindakan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas tuduhan melanggar mana-mana peraturan yang terdapat dalam UMNO.

Beliau yang merupakan Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), UKM, berkata, Presiden UMNO itu juga tidak boleh melabel Naib Presiden parti itu sebagai pengkhianat hanya kerana menentang keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan tampil berdiri bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media baru-baru ini.

“Tindakan Ismail Sabri adalah kerana kepatuhan kepada tugas dan tanggungjawab yang diberikan kerajaan dan adalah tepat sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ahmad Zahid harus membezakan antara keperluan tugas-tugas Jemaah Menteri berbanding parti.

“Jika beliau sendiri tidak berupaya membezakan tanggungjawab ini, itu petanda Ahmad Zahid harus meletakkan jawatan kerana tidak lagi peka dan tidak sihat dalam membuat keputusan kerana dipengaruhi emosi.

“Dalam hal ini, isunya bukan Ismail Sabri khianati parti, sebaliknya Ahmad Zahid yang jelas mengkhianati parti dan membelakangkan ahli UMNO apabila bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR,” katanya.
Terdahulu, Ahmad Zahid memetik laporan media berkata, Ismail Sabri berdepan akibat dari tindakannya menentang keputusan MKT dan menyerahkan kepada Lembaga Disiplin UMNO untuk mengenakan tindakan ke atas beliau berpandukan Perlembagaan parti.

Ahmad Zahid turut mendakwa, Ismail Sabri pada mulanya bersetuju untuk akur kepada keputusan parti untuk menarik sokongan daripada Perikatan Nasional (PN), malah memberitahu ahli MKT yang beliau akan menuruti segala keputusan parti.

Bagaimanapun, pada akhirnya, Ismail Sabri dilihat lebih berpihak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin  dengan berdiri bersama Perdana Menteri yang memberi perutusan khas mengenai kedudukannya dan kerajaan pimpinannya semalam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.