nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Surat UMNO kepada Ahli Parlimen berbaur ugutan

6 OGOS: Surat UMNO yang menuntut ahli-ahli Parlimen dari parti itu menyatakan pendirian masing-masing mengenai keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam tempoh 48 jam adalah melanggar undang-undang.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, juga mendakwa beberapa bahagian di dalam surat berkenaan berbaur ugutan kepada ahli Parlimen UMNO dan jelas bertentangan dengan Seksyen 124, Kanun Keseksaan.

Shahidan yang juga Ahli Parlimen BN-Arau menegaskan seksyen berkenaan dengan jelas menyatakan ahli Parlimen tidak boleh diugut supaya meletak jawatan atau dihalang daripada menjalankan tugas-tugasnya.

“Isi kandungan surat itu berbentuk ugutan, maka ini membabitkan kesalahan mengikut Kanun Keseksaan yang tidak sepatutnya berlaku.

“Saya menerima maklumat, ada pihak akan membuat laporan polis terhadap pihak yang mengeluarkan surat yang mengugut ahli-ahli Parlimen ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk rekod Seksyen 124 Kanun Keseksaan menyentuh perbuatan menyerang, menghalang atau menakutkan dengan kekerasan terhadap ahli Parlimen daripada menjalankan kuasa-kuasa ahli Parlimen yang sah di sisi undang undang.

Semalam tular di media sosial, sepucuk surat daripada pengurusan UMNO kepada semua ahli Parlimen parti itu termasuk yang berstatus Menteri dan Timbalan Menteri, supaya meletak jawatan yang disandang dalam kerajaan PN.

Surat bertarikh 5 Ogos itu dihantar kepada semua ahli Parlimen parti itu bagi menjelaskan pendirian MKT UMNO yang sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Disertakan bersama surat itu ialah surat jawapan balas yang perlu diisi ahli Parlimen UMNO sama ada mereka menyokong kerajaan PN dan tidak melepaskan jawatan lantikan kerajaan PN atau tidak menyokong kerajaan PN dan akan meletakkan semua jawatan disandang.

Setakat ini hanya dua Menteri daripada UMNO sudah meletakkan jawatan iaitu Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan dakwaan beliau menandatangani surat akuan bersumpah (SD) bagi menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri seperti yang tular dalam media sosial.

Bagaimanapun bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) itu mengesahkan beliau hadir dalam perjumpaan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekadar untuk mendengar apa yang ingin dibincangkan oleh Naib Presiden UMNO berkenaan

“Pada hari ini telah berlaku penularan yang mendakwa saya selaku Ahli Parlimen Baling telah hadir dalam satu perjumpaan dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Ketua Whip Ahli Parlimen Kerajaan.

“Pelbagai dakwaan negatif berlegar di media sosial yang mengatakan saya telah mengkhianati arahan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. Sebagai seorang ahli parti yang telah bertanding atas nama Barisan Nasional (BN) dan UMNO, tidak mungkin ia benar.

“Justeru, saya ingin memaklumkan tandatangan yang ditularkan itu adalah tandatangan sebagai kehadiran saya bagi perjumpaan tersebut. Itu sahaja. Tidak ada surat-surat yang lain yang telah diarahkan kepada kami untuk ditandatangani.

“Saya hadir sebagai Ahli Parlimen untuk mendengar perbincangan oleh Timbalan Perdana Menteri,” katanya pada sidang media secara maya, hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.