8 OGOS: Arab Saudi akan mula menerima permintaan haji dan umrah dari luar negara untuk jemaah yang sudah divaksin mulai 9 Ogos, lapor agensi berita negara SPA awal pagi Ahad.
Keputusan itu selepas lebih setahun kerajaan negara itu tidak menerima jemaah dari luar negara kerana wabak COVID-19, seluruh dunia
Dengan kapasiti yang akan meningkat kepada 2 juta jemaah dari 60,000 jemaah setiap bulan, Makkah dan Madinah akan mula menyambut pengunjung dengan mengambil langkah-langkah pencegahan daripada pandemik tersebut.
Seorang pegawai di Kementerian Haji dan Umrah mengatakan bahawa jemaah haji dari dalam dan luar negara perlu menyertakan sijil vaksinasi Covid-19 yang disahkan bersama dengan permohonan mereka.
Menurut laporan itu, jemaah dari negara-negara yang termasuk dalam daftar larangan masuk Arab Saudi harus dikuarantin sebaik sahaja tiba.
Sebelum ini, Arab Saudi Umrah hanya membenarkan jemaah domestik melakukan Umrah Oktober lalu.