nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Muhyiddin ucap takziah kepada Shuib

9 OGOS: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan takziah kepada pelawak terkenal Shuib Sepahtu berikutan pemergian isterinya Siti Sarah Raissuddin awal pagi tadi akibat Covid-19, hari ini.

Perdana Menteri berkata, khabar duka kehilangan Siti Sarah, anak seni yang cukup berbakat, meninggalkan suami dan empat anak termasuk seorang bayi dalam keadaannya bertarung nyawa di hospital amat memilukan.

“Bukan sahaja ahli keluarga dan peminatnya, bahkan seluruh rakyat Malaysia termasuk saya turut bersedih. Semoga ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham tabah menghadapi detik-detik yang mendukacitakan ini.

“Marilah kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan solehah. Semoga Allah SWT terus melindungi dan memberi kekuatan kepada kita semua untuk berjuang memerangi pandemik ini. Insya-Allah,” katanya dalam hantarannya di Facebook, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, Siti Sarah, 37, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras di sini, pada 5.13 pagi tadi.

Jenazah penyanyi pop terkenal berkenaan kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, pada 1.45 tengah hari tadi.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut berdoa agar mereka yang terkorban akibat virus berkenaan diampuni, dirahmati dan diredai Allah.

“Moga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan moga keluarga yang ditinggalkan terus kuat mengharungi hari-hari mendatang,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.