nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Satu Kes Kematian Akibat jangkitan COVID-19 di Parlimen

10 OGOS : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat satu kes kematian akibat COVID-19 membabitkan pesakit yang dijangkiti dalam bangunan Parlimen ketika sidang khas Parlimem baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadi kematian pertama membabitkan individu yang menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

“Kes kematian yang dinyatakan ini membabitkan pegawai tinggi kerajaan yang mempunyai sejarah hadir ke Parlimen 26 hingga 29 Julai lalu. Ujian saringan pra Dewan Rakyat yang dijalankan keatasnya pada 23 Julai dan saringan menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 pada 29 Julai lalu adalah negatif.

“Beliau kemudiannya menunjukkan gejala pada 31 Julai dan positif ujian Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) dengan nilai kitaran ambang 14.88.

“Keadaan beliau bertambah teruk dan dimasukkan ke hospital pada 4 Ogos lalu untuk rawatan lanjut. Namun keadaannya amat kritikal dan meninggal dunia semalam,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan hasil siasatan KKM setakat ini mendapati walaupun kes-kes positif ini tidak mempunyai hubungkait antara satu sama lain kecuali kontak rapat, namun perkongsian bilik dan kemudahan asas oleh ramai individu telah memberi risiko kepada penularan jangkitan COVID-19 di Parlimen.

“Adalah dimaklumkan bahawa lapan sampel kes Parlimen yang mempunyai CT value rendah telah dihantar ke IMR untuk ujian genomik. 

“Didapati sebanyak lima daripadanya adalah varian VOC Delta manakala dua sampel tidak berjaya diproses dan satu sampel lagi masih menunggu keputusan,” katanya.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Sementara itu, Noor Hisham berkata terdapat penambahan sembilan kes yang berkaitan Parlimen menjadikan keseluruhan kes dikesan berkaitan persidangan Parlimen adalah 97 kes. 

Beliau berkata, empat daripada sembilan kes tersebut adalah kontak rapat kepada kes positif COVID-19 hasil saringan semasa Pra-Dewan Rakyat yang dilaporkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan dikesan positif COVID-19 menggunakan RTK Ag pada 23 Julai lalu. 

“Kesemua kes didapati begejala ringan dan telah diberi Perintah Pengawasan dan Kawalan (HSO) di rumah. Kesemua mereka juga telah pulih dan mulai bekerja setelah tamat HSO. 

“Satu kes baharu dilaporkan pada 10 Ogos 2021 di mana kes ini juga merupakan kes kematian pertama yang baharu dikesan positif COVID-19 dengan ujian RT PCR pada 31 Julai 2021.

“Kes ini telah hadir semasa persidangan Dewan Rakyat dan empat kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19 yang telah hadir semasa persidangan Dewan Rakyat. 

“Satu kes mempunyai nilai kitaran ambang atau CT value RT PCR iaitu 19.62, manakala yang lainnya adalah di antara 32.76 sehingga 36.07. Enam kes telah lengkap mendapat dua dos vaksin, dan dua lagi kes adalah kanak-kanak (kontak rapat kes) yang belum layak mendapat vaksin, “katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.