nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pandang Positif Tawaran PM Dalam Bersama Perangi COVID-19

15 OGOS: Semua pemimpin parti politik termasuk pembangkang sepatutnya menerima secara positif tawaran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mendapatkan kepercayaan bersama terhadap kerajaan untuk menyelesaikan masalah, bukannya perebutan kuasa semata-mata.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pendekatan menghulur tangan dengan mengajak semua parti politik demi menyelesaikan masalah darurat musibah dan bencana, sepatutnya disambut dan diselesaikan secara kemanusiaan tanpa mempedulikan perbezaan dan kepentingan peribadi.

Beliau berkata, pada masa sama isu rasuah juga menjadi titik pertemuan semua pihak kerana ia tidak boleh diterima, justeru wajar disekat daripada berleluasa lagi.

“Pemimpin politik yang menolak pelawaan untuk bersatu menyelamatkan rakyat dan negara, demi memenuhi kehendak politik peribadi yang sempit, adalah kelompok gila kuasa yang tidak mempedulikan nyawa rakyat.

“Maka, janganlah didahulukan untuk mendapatkan kuasa sehingga punca penyakit rasuah dibiarkan berkuasa lagi. Tawaran (Perdana Menteri) kepada semua parti politik bagi mendapatkan kepercayaan bersama untuk kerajaan terkini supaya (diberikan) masa untuk menyelesaikan masalah sepatutnya diterima secara positif.

Muhyiddin mahu semua pihak bersama kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 yang membebankan semua rakyat.

“Ini kerana masalah ekonomi dihadapi kesan daripada pandemik COVID-19 yang membebankan semua rakyat perlu diselesaikan secara perpaduan dan hendaklah diutamakan tanpa menghabiskan masa kerana mahukan kuasa semata-mata.

Justeru, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang memberitahu peluang sepatutnya diberikan kepada kerajaan dalam tempoh yang sepatutnya kerana masalah darurat, musibah dan bencana sepatutnya diselesaikan secara kemanusiaan tanpa mempedulikan perbezaan. 

“Ia hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan peribadi dan kelompok tertentu sahaja. Hanya mereka yang tidak berperikemanusiaan tidak akan mempedulikan keadaan rakyat yang perlu diselamatkan sekarang,” katanya.

Dalam perutusan khas kelmarin, Muhyiddin mengumumkan cadangan rangka persefahaman rentas parti yang mengandungi tujuh perkara yang akan dilaksanakan kerajaan sekiranya usul undi percaya terhadap beliau diluluskan di Dewan Rakyat termasuk tawaran tempoh jawatan Perdana Menteri terhad kepada dua penggal sahaja dan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen.

Tawaran lain, keseimbangan jumlah keanggotaan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, serta pelaksanaan Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik serta rang undang-undang termasuk belanjawan akan dirunding terlebih dahulu dengan semua Ahli Parlimen sebelum dibentang di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun cadangan itu mendapat pelbagai reaksi daripada parti-parti politik tempatan termasuk parti pembangkang.

Pada masa sama, Abdul Hadi memaklumkan, pemimpin politik seharusnya mengambil pengajaran terhadap kemelut kerajaan terdahulu yang bermasalah dengan bersabar dan memberikan masa kepada kerajaan sekarang menyelesaikan masalah bersama.

Beliau berkata, selepas keadaan mengizinkan, maka barulah mandat dikembalikan kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang mereka mahu dengan selesa.

“Janganlah disebabkan tidak boleh bersabar seketika, kita akan menerima padah dan masalah yang lebih besar dan lebih berat untuk dipikul.

“Cukuplah menjadi pengajaran kepada rakyat terhadap kerajaan yang sudah lama memerintah, sehingga mereka dibelenggu dengan penyakit rasuah,” katanya melalui kenyataan, di sini hari ini.

Abdul Hadi berkata, negara kini diibaratkan sedang berada dalam bahtera yang sedang menghadapi taufan wabak yang mengganas dan mengancam nyawa rakyat.

“Dalam keadaan genting ini, negara ‘diganggu’ oleh golongan yang ingin merampas kuasa yang nyata menjadi masalah, malah mereka juga pernah gagal menyelesaikan masalah berkenaan,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.