nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Annuar bawa cadangan parti lain sokong calon UMNO

17 OGOS: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan parti lain menyokong seorang calon perdana menteri(PM) daripada UMNO untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, esok.

Annuar mendedahkan BN mempunyai 42 sahaja kerusi parlimen dan bagi membolehkan calon PM dipilih, BN memerlukan sekurang kurangnya 69 lagi sokongan dari parti lain menjadikan sekurang kurangnya 111 Ahli Parlimen.

“Realiti politik hari ini memerlukan muafakat, bukan pertelingkahan yang berterusan. Alhamdulillah baru sebentar tadi selesai perbincangan dengan ahli-ahli Parlimen dan wakil parti sahabat yang lain untuk mohon menyokong seorang calon dari BN.

“Kami amat terharu kerana lebih dari 69 telah bersetuju untuk memberi laluan dan sokongan hitam putih kepada seorang calon dari BN,” katanya yang tidak mendedahkan nama ahli Parlimen BN terbabit.

ANNUAR

Bagaimanapun, difahamkan Ahli Parlimen BN berkenaan adalah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dikatakan sudah mendapat restu dari gabungan parti Perikatan Nasional (PN) termasuk BERSATU dan PAS untuk memikul tanggungjawab dan amanah sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan berkata semua Ahli Parlimen BN akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan perkembangan positif berkenaan.

“Kami MP BN akan bertemu Pengerusi BN malam ini umtuk sama-sama berbincang perkembangan yang baik ini.
Saya sendiri juga sudah menghubungi Presiden UMNO untuk satu panduan dan kata sepakat mengambil kira perkembangan terkini, serta surat notis Speaker Dewan Rakyat hari ini. Muafakat membawa berkat. Sepakat mendahulukan rakyat,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan semua Ahli Parlimen dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengadakan mesyuarat malam ini bagi membincangkan calon PM untuk diserahkan kepada Istana Negara esok.

Difahamkan, mesyuarat itu dihadiri semua 38 Ahli Parlimen UMNO adalah bagi memutuskan hanya satu nama sebagai calon PM.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan turut dilaporkan berkata, UMNO sedang berunding sesama Ahli Parlimen dan pemimpin tertinggi parti itu hari ini bagi memutuskan seorang sahaja nama calon PM.

Tindakan itu susulan notis dikeluarkan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang meminta Ahli Dewan Rakyat menyerahkan surat akuan bersumpah menamakan seorang calon Perdana Menteri kepada Istana Negara, sebelum jam 4 petang esok.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.