nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pemimpin Mesti Jujur Persembah Pandangan Parti Kepada Agong

17 OGOS : Semua parti dan pemimpin politik haruslah jujur dalam menyembah maklum pandangan Ahli Parlimen parti masing-masing ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memilih Perdana Menteri yang baharu.

Pakar perlembagaan, Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, pandangan jujur tersebut penting disebabkan Perlembagaan menetapkan pemilihan Perdana Menyeri adalah berasaskan suara ahli Dewan Rakyat dan bukannya suara parti.

Bagaimanapun, beliau berkata, ketua parti boleh dipanggil bagi mewakili ahli Dewan Rakyat dalam parti masing-masing.

“Bagi parti yang ada perbezaan dalaman dari sudut sokongan kepercayaan, suara ketua parti berkenaan tidak dianggap mewakili keseluruhan ahli Dewan Rakyat dalam parti mereka.

“Ahli Dewan Rakyat yang tidak sehaluan dengan ketua mereka boleh menyembah maklum kehendak mereka sama ada secara individu atau secara berkumpulan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof

Terdahulu, pemimpin parti politik dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini, dipercayai berkaitan dengan perbincangan berhubung siapa bakal dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Perbincangan itu susulan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan menerima peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri berkuat kuasa serta merta, semalam.

Susulan peletakan jawatan itu, Seri Paduka turut berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri caretaker sehingga seorang Perdana Menteri baharu dilantik.

Mengulas lanjut, mengambil UMNO sebagai contoh, Muhammad Fathi berkata, selepas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penarikan sokongan kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, wujud dua kumpulan dalam kalangan Ahli Parlimen parti itu.

Beliau yang juga merupakan Pensyarah perundangan dan perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, majoriti ahli Dewan Rakyat tidak bersama dengan Presidennya dan ia menjadikan suara Ahmad Zahid tidak mewakili keseluruhan 38 ahli Dewan Rakyat dari parti berkenaan.

“Kemungkinan besar kaedah pertemuan bersama setiap Ahli Parlimen tidak dilaksanakan kerana risiko jangkitan COVID-19, namun prinsip Perlembagaan yang meletakkan rujukan utama kepada suara Ahli Parlimen berbanding suara parti tidak boleh diketepikan dalam amalan demokrasi.

“Kita juga yakin dengan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dalam memastikan keputusan dibuat benar-benar menepati kehendak Ahli Parlimen sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan,” katanya

Get real time updates directly on you device, subscribe now.