nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

17 Ahli Parlimen GPS Selesai Menghadap Agong Secara Maya

19 OGOS: Seramai 17 Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah secara maya di sebuah hotel di Kuching, Sarawak, hari ini.

Manakala, Ahli Parlimen GPS-Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing yang kini berada di Kuala Lumpur dijangka menghadap Agong di Istana Negara secara fizikal hari ini.

Selain itu, turut menghadap secara maya, Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Muyang dari kerusi bebas.

Ketua Whip GPS Datuk Seri Fadillah Yusof berkata selepas menghadap Agong mereka akan dipanggil seorang demi seorang bagi mengesahkan sokongan kepada calon Perdana Menteri ke-9.

“Yang di-Pertuan Agong telah memanggil semua ahli parlimen yang telah membuat Perakuan Sumpah untuk mengesahkan pertama sekali kandungan Perakuan Sumpah dan mengesahkan bahawa apa pilihan kita ini, adakah ianya atas rela hati, dan itulah pengesahan yang dibuat tadi.

“Kami ada 18 orang tadi mengesahkan bahawa kita sudah memilih calon Perdana Menteri dan mengesahkan bahawa calon yang kita pilih ini atas rela hati daripada setiap ahli parlimen, GPS khususnya dan jugak ahli parlimen Sarawak, yang bebas tadi pun ada juga,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan hotel terbabit.

Datuk Seri Fadillah Yusof ketika ditemui pemberita selepas sesi menghadap Agong secara maya hari ini.

Proses mengadap Yang di-Pertuan Agong secara maya bermula dari jam 10.00 pagi dan selesai sekitar jam 11.30 pagi tadi bersama 18 ahli parlimen terbabit.

Bagaimanapun, proses pengesahan ini masih berlangsung dan dijangka akan diteruskan sehingga pukul 5.00 petang nanti

Dalam pada itu, Fadillah berkata beliau tidak akan mendedahkan nama calon Perdana Menteri yang diberikan dan menyerahkan kuasa itu kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengumumkannya.

Terdahulu, portal berita PNBBC News melaporkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini hampir pasti akan dipilih sebagai calon Perdana Menteri (PM) Malaysia Kesembilan.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebentar tadi yang memaklumkan bahawa pihak Istana Negara sudah menghantar jemputan kepada semua Ahli Parlimen yang menyokong Ismail Sabri supaya hadir untuk membuat pengesahan.

Menurut Ahmad semua Ahli Parlimen berkenaan akan hadir membuat pengesahkan di Istana Negara dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan menaiki lima bas sewa khas mulai jam 10 pagi hingga 4 petang ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.