nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Usul undi percaya di Parlimen hanya untuk kukuhkan sokongan

22 OGOS: Usul undi percaya terhadap Datuk Seri Ismail Sabri yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri, oleh Yang di-Pertuan Agong bukannya untuk mengukur keabsahannya sebaliknya untuk mengukuhkan sokongan kepada kerajaan baharu di Parlimen.

Penyandang Kursi, Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof Dr Shamrahayu A Aziz berkata Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk memberi pengesahan kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong dalam hal pelantikan Perdana Menteri.

“Penegasan saya ialah, undi percaya bukan untuk menjadikan perkenan Yang di-Pertuan Agong atas lantikan Perdana Menteri itu sah.

“Ini kerana Parlimen tidak diberikan kuasa oleh Perlembagaan untuk memberi pengesahan kepada kuasa Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Shamrahayu yang juga pakar perlembagaan berkata tiada peruntukan dalam Perlembagaan tentang undi percaya namun ia adalah amalan atau adat perlembagaan yang tidak mengikat sehinggalah ia menjadi suatu undang-undang dengan cara dikanunkan atau diiktiraf oleh mahkamah.

“Pelantikan Perdana Menteri adalah sah setelah mendapat perkenan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dan seterusnya berlakunya upacara menandatangani suratcara pelantikan, sumpah taat setia dan sumpah simpan rahsia yang kemudiannya lantikan tersebut hendaklah diwartakan.

Prof Dr Shamrahayu A Aziz

“Sekiranya Tuanku titah untuk diadakan undi percaya, itu adalah bagi tujuan mengukuhkan kedudukan seorang Perdana Menteri, atau sesebuah kerajaan, bukan untuk memberi pengesahan kepada perkenan yang telah diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Mengulas lanjut, Shamrahayu berkata isu utama sekarang ialah kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong adalah amat berwibawa dan ia tidak perlu disahkan oleh  mana-mana pihak, termasuk Parlimen atau dengan kata lain tiada sesiapa pun boleh mempertikaikannya.

Beliau berkata perlantikan Perdana Mentera adalah kuasa budi bicara baginda dan membenarkan ia wajib disahkan oleh Parlimen dalam apa cara sekalipun ia akan merendah-rendahkan kuasa budi bicara/perkenan baginda.

“Parlimen adalah badan yang patut menurut dan taat kepada perkenan baginda. Justeru, Kalaupun baginda titahkan untuk dibuat undi percaya, ia bukan bertujuan mengesahkan atau memberikan keabsahan kepada lantikan yang telah diberi perkenan oleh baginda.

“Tindakan mendapatkan undi percaya itu adalah bagi mengukuhkan kerajaan. Dan melaksanakan titah ini adalah baik untuk kerajaan itu sendiri walaupun ia adalah hanya adat Perlembagaan,” katanya.

Shamrahayu berkata beliu juga mengambil berat tentang fungsi perkenan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong kerana saya tidak mahu kemudian hari nanti orang ramai atau para pemain demokrasi menyatakan perkenan Yang di-Pertuan Agong tersebut boleh disahkan oleh Parlimen.

“Sekiranya hal ini (memberikan kuasa kepada parlimen untuk mengesahkan perkenan Yang di-Pertuan Agong) berlaku ia amatlah tidak baik sama sekali kepada kuasa budi bicara dan kemuliaan Yang di-Pertuan Agong.

“Akhir sekali, sekiranya para pembaca meneliti semua kenyataan saya sebelum ini, saya tegaskan lagi, kerajaan hendaklah mengambil langkah untuk mengukuhkan kedudukan mereka, dan mengambil tauladan daripada apa yang berlaku kepada kerajaan sebelum ini,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.