nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Doktor Pakar Sahkan Ahmad Zahid Alami Slipped Disc

25 OGOS : Pakar Perunding Sakit Intervensi, Hospital Pakar Avisena Shah Alam, Dr Mohd Shahir Anuar mengesahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi benar-benar memerlukan rawatan kerana kesakitan di leher, tulang belakang dan bahu akibat slipped disk.

Beliau berkata demikian ketika dalam prosiding di hadapan hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah, setelah mahkamah mengeluarkan sapina kepadanya untuk hadir ke mahkamah bagi mengesahkan kesihatan Ahmad Zahid. 

Menurut Dr Mohd Shahir, pihaknya telah menjalankan pelbagai pemeriksaan termasuk imbasan MRI (magnetic resonance imaging) dan CT Scan (computerized tomography) terhadap Presiden UMNO itu.

“Sebagai doktor,  saya  akan memastikan beliau benar-benar sakit dengan menjalani beberapa ujian untuk mengetahui apa punca dan tahap kesakitan yang dialami beliau itu,” katanya di hadapan Hakim Lawrence Sequera.

Justeru, Dr Mohd Shahir menjelaskan kesakitan yang dialami oleh Ahmad Zahid itu bukanlah suatu alasan yang dicipta bagi mengelak perbicaraan kes rasuah terhadapnya pada Isnin ini, ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Ahmad, apakah Ahmad Zahid berpura-pura sakit  untuk mengelak menghadiri perbicaraan.

Dr Mohd Shahir Anuar

Dr Mohd Shahir juga menjelaskan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu telah memakan ubat tahan sakit ketika hadir dalam upacara angkat sumpah Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

Bagaimanapun menurutnya, ubat penahan sakit itu tidak lagi berkesan terhadap kesakitan yang dialami Ahmad Zahid menyebabkan beliau terpaksa pergi hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Ketika disoal mahkamah berapa lamakah tempoh yang diperlukan Ahmad Zahid untuk pulih, beliau menjelaskan memandangkan kesakitan yang dialami Ahmad Zahid itu agak  teruk, Ahli Parlimen Bagan Datoh itu dijangka akan memerlukan empat hingga ke enam minggu untuk pulih seperti sedia kala.

Bagaimanapun, Dr Mohd Shahrir memaklumkan bahawa Ahmad Zahid boleh menghadiri mahkamah pada 6 September ini, sekiranya beliau dibenarkan untuk berehat sebentar setiap 30 hingga 45 minit dalam masa perbicaraan berlangsung.

Manakala menurut peguam Ahmad Zahid, Hamidi Mohd Noh, anak guamnya sebelum ini mendapatkan rawatan di Jerman, namun tidak dapat meneruskan rawatan itu selepas permohonan untuk mendapatkan pasportnya sebelum ini dibantah mahkamah.

“Kesakitan yang dialami oleh anak guam saya ini akibat slipped disc bukanlah penyakit baru atau dibuat-dibuat seperti yang didakwa sesetengah pihak, tetapi ia sudah lama.

“Kesakitan akibat slipped disc itu bertambah teruk selepas beliau terjatuh sehingga keadaannya kini tidak boleh berjalan sejak menerima rawatan di sebuah hospital swasta sejak Ahad lalu,” jelas Hamidi.

Namun menurut Hamidi, pihak pembelaan bagaimanapun telah bersedia untuk meneruskan perbicaraan pada 6 September akan datang ini, namun meminta agar Ahmad Zahid dibenarkan duduk di kerusi yang selesa.

Untuk rekod, hujahan pada akhir kes pendakwaan akan bersambung pada 6 September.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO mengaku tidak bersalah atas 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta (RM42.28 juta) sebagai dorongan mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada UKSB.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.