nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM jumpa pemimpin PH di Putrajaya

25 OGOS: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin blok pembangkang di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil ketika mengesahkan perkara itu, berkata pertemuan pada jam 2 petang itu dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, pertemuan berkenaan berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

“Ia adalah jemputan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri kepada tiga pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) itu,” katanya ringkas kepada pemberita hari ini.

Ismail Sabri menjemput tiga pemimpin tertinggi Pakatan Harapan ke Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.

Terdahulu, Majlis PH dalam satu kenyataan bersama antara Anwar, Mohamad dan Guan Eng hari ini, memaklumkan gabungan blok pembangkang itu akan mempertimbang jemputan Perdana Menteri baharu untuk menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankausa Khas Menangani COVID-19.

Kata tiga pemimpin tertinggi komponen PH itu, pertimbangan terbabit demi memastikan keputusan dibuat secara ikhlas untuk menangani pandemik COVID-19 dan kemelesetan ekonomi serta bukan sekadar tangkap muat atau menjadi ‘rubber stamp’ kepada pandangan kerajaan semata-mata.

Menurut Majlis Presiden PH, fokus blok itu terarah menjadi pembangkang yang berkesan dengan kritikan, teguran, syor dan pandangan membina, bertanggungjawab dalam menyumbang cadangan alternatif bersesuaian dengan dasar kerajaan terutama berkaitan usaha menangani COVID-19 serta memulihkan ekonomi, menyelamatkan nyawa dan sumber pencarian rakyat.

“Majlis Presiden PH sudah memutuskan ketua pembangkang akan mengadakan satu pertemuan dengan pemimpin utama semua parti pembangkang dalam tempoh terdekat, termasuk menjemput mereka untuk menyertai atau bekerjasama dengan PH.

“Ia selaras dengan ketetapan pemukiman kepemimpinan PH di Port Dickson pada April yang menyatakan keterbukaan PH berunding dan bekerjasama serta menggembleng seluruh tenaga di bawah konsep ‘khemah besar’ demi memantapkan blok pembangkang merangkumi 105 Ahli Parlimen.

“Pertemuan itu antara lain akan membincangkan isu politik semasa serta persiapan bagi menghadapi sidang Parlimen yang bakal bermula 6 September, dengan kemungkinan satu sidang khas diadakan lebih awal dari itu untuk membahaskan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri serta mengisikan kekosongan Timbalan Speaker Dewan Rakyat berikutan peletakan jawatan Datuk Seri Azlina Othman Said,” katanya.

Mereka juga akan mengutamakan reformasi institusi termasuk Parlimen, fiskal, perundangan termasuk Undi 18 dan Akta Anti Lompat Parti serta penambahbaikan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Selain itu, PH juga menuntut kebebasan sistem kehakiman yang tidak patut diganggu oleh mana-mana pihak.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.