nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Taliban tekad mahu berubah – Hadi Awang

25 OGOS: Dakwaan puak Taliban terbabit dengan kegiatan penanaman dan pengedaran dadah di Afghanistan hanyalah mainan media barat bagi memburukan imej Islam di mata penduduk dunia.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pihak media Barat sengaja menggunakan isu berkenaan bagi memburukkan Islam, tanpa mengkaji ajaran Islam secara menyeluruh.

Ahli Parlimen Marang berkenaan berkata penyebaran berita palsu yang mengatakan kononnya kumpulan Taliban berniaga dadah, suatu berita yang tidak masuk akal terhadap kumpulan yang keras berpegang dengan agama.

“Sebenarnya apa yang berlaku adalah kumpulan bukan Islam yang datang untuk berniaga dadah, lalu mereka memarahi Taliban kerana mengharamkannya dengan keras.

Taliban mencipta sejarah di Afghanistan kerana berjaya mengusir Amerika Syarikat dan kini menerajui negara berkenaan.

“Kini, setelah kumpulan Taliban sekali lagi berjaya mencipta sejarah di Afghanistan dengan mengalahkan tentera Amerika Syarikat yang akhirnya terpaksa berundur, tiba-tiba berlaku suatu perubahan dalam pendekatan mereka.

“Antaranya ialah mengisytiharkan pengampunan secara beramai-ramai terhadap kakitangan kerajaan yang sebelum ini berada di bawah pengaruh Amerika Syarikat,” kata bekas Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Barat dalam kolum Minda Presiden PAS dimuat naik di Facebooknya hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata mereka juga mengambil pendekatan meraikan terhadap kepelbagaian masyarakat di Afghanistan yang terdiri daripada masyarakat majmuk pelbagai qabilah, suku kaum, mazhab Sunni dan Syiah.

Abdul Hadi berkata biarpun mereka mempunyai majoriti kaum Pashtun beraliran Sunni yang bermazhab Hanafi namun perkara yang sangat menarik ialah mereka terus beristiqamah dan berjuang untuk menegakkan Islam.

“Kini wujudnya kepimpinan para ulama’ yang mendalami mazhab Hanafi dan perkembangan politik semasa, iaitu kalangan mereka yang memahami keadaan semasa.

“Mazhab Hanafi konsepnya sama sahaja dengan mazhab yang lain dalam Islam. Ia merupakan suatu mazhab yang bersikap tegas dalam perkara rukun iman dan Islam, iaitu dalam perkara yang dinamakan dengan ‘thawabit’ (aspek prinsip yang tetap).

“Adapun dalam perkara yang fleksibel atau anjal untuk berijtihad, ia dinamakan dengan perkara ‘mutaghayyirat’, aspek yang mengalami perubahan situasi dan realiti masyarakat,” katanya.

Beliau berkata Islam membenarkan para ulama’ untuk berijtihad dalam konsep Islam adil terhadap semua dan tiada paksaan dalam beragama.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.