nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kabinet baharu mampu tangani cabaran pandemik, ekonomi

28 OGOS: Kerajaan Sabah melahirkan keyakinan  kepada kemampuan barisan Kabinet baharu Kerajaan Persekutuan dalam menghadapi cabaran ekonomi negara akibat penularan pandemik COVID-19.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata beliau yakin Kabinet diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mementingkan kerjasama berpasukan melaksanakan tugas dengan berkesan.

“Rakyat meletakkan jangkaan yang tinggi kepada mereka (barisan Kabinet) dan berharap dengan pasukan baharu ini, kita kini dapat menumpukan usaha pemulihan ekonomi dan mengatasi pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Terdahulu, dalam pengumumannya semalam Ismail Sabri menamakan dua Menteri dan empat Timbalan Menteri dari Sabah menyertai Kabinetnya.

Antaranya ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Mengulas lanjut, Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata pelantikan semula Maximus dan Ronald membolehkan mereka meneruskan apa yang sudah dirancang sebelum ini.

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dilantik semula sebagai Menteri dalam Kabinet baharu pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kerajaan negeri akan bekerja rapat dengan Maximus untuk menyuarakan semua perkara berkaitan hak negeri seperti termaktub dalam dokumen sebelum kemerdekaan seperti Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Portfolio Ronald pula penting dalam membantu kerajaan negeri mencapai pelan pembangunan Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menggariskan sektor pertanian sebagai komponen utama,” katanya.

Hajiji juga yakin dua muka baharu timbalan menteri dari Sabah, iaitu Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa dan Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin mampu menggalas tugas yang diamanahkan dengan baik.

Dua lagi Timbalan Menteri dari Sabah dilantik menganggotai Kabinet baharu Kerajaan Persekutuan ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jonathan Yasin dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.