nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kabinet baharu perlu tumpu kepada pemulihan negara akibat COVID-19

30 OGOS: Semua anggota Jemaah Menteri yang mengangkat sumpah hari ini perlu memberikan tumpuan segera kepada usaha-usaha untuk memulihkan negara daripada wabak COVID-19, menyalurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan dan memacu pertumbuhan ekonomi.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelantikan berkenaan adalah suatu amanah berat yang mesti dipikul dengan penuh jujur, ikhlas dan berintegriti selaras dengan prinsip Rukun Negara dan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Sebagai badan yang menjalankan fungsi Eksekutif Persekutuan, Jemaah Menteri adalah badan tertinggi yang memutuskan dasar-dasar kerajaan untuk dilaksanakan di setiap peringkat kerajaan. Maka, fungsi ini mestilah dilaksanakan dengan penuh wibawa demi kepentingan rakyat dan negara.

“Saya berharap Jemaah Menteri yang baru dilantik akan memberikan tumpuan segera kepada usaha-usaha untuk memulihkan negara daripada wabak COVID-19, menyalurkan bantuan kepada golongan rakyat yang memerlukan dan memacu pertumbuhan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu, berkata program vaksinasi yang telah menunjukkan pencapaian menggalakkan dengan lebih 62 peratus populasi dewasa setakat ini telah menerima dua dos suntikan lengkap vaksin mesti dipastikan terus berjalan lancar dan mencapai sasaran yang ditetapkan.

Muhyiddin berkata pembukaan sektor-sektor ekonomi mengikut fasa-fasa dalam Pelan Pemulihan Negara mesti dilaksanakan dengan teratur tanpa menjejaskan sasaran pemulihan negara daripada wabak COVID-19.

Beliau berkata program bantuan prihatin rakyat juga mesti diteruskan untuk membantu golongan yang memerlukan dalam fasa pemulihan negara.

“Saya mendoakan agar seluruh barisan Jemaah Menteri sentiasa diberikan hidayah dan inayah oleh Allah S.W.T. untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah dan berintegriti demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan Jemaah Menteri yang telah mengangkat sumpah jawatan dan setia di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini.

“Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri, atas pelantikan menteri dan timbalan menteri dari parti-parti komponen Perikatan Nasional,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.