nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perkasa masyarakat luar bandar agenda utama

30 OGOS: Datuk Seri Mahdzir Khalid, menyifatkan pelantikannya sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) adalah satu amanah dan tanggungjawab besar perlu dipikulnya demi memastikan kelancaran pentadbiran negara dan juga kemajuan luar bandar serta masyarakatnya.

Justeru, Naib Presiden UMNO itu menegaskan beliau akan menggunakan seluruh pengalaman di sepanjang karier politiknya sebagai bekalan untuk memastikan pemerkasaan masyarakat luar bandar sebagai salah satu agenda utama yang akan diterapkan di KPLB.

“Saya juga beriltizam untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab ini dengan penuh keikhlasan, jujur dan berintegriti demi memastikan negara kita terus bergerak maju ke hadapan terutama dalam usaha kita menangani pandemik COVID-19 dan juga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Dengan rasa rendah diri, saya memohon seluruh rakyat Malaysia mendoakan semoga segalanya dipermudahkan dan negara kita berjaya bangkit dan pulih daripada krisis kesihatan dan ekonomi yang sedang dihadapi sekarang dalam tempoh masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan selepas memulakan tugasnya di KPLB hari ini.

Terdahulu, Mahdzir menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan mengadap bagi Majlis Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Kabinet di Kementerian Pembangunan Luar Bandar di Istana Negara hari ini.

Ahli Parlimen Padang Terap itu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan yang diberikan.

“Saya juga memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T atas pelantikan sebagai Menteri di KPLB. Tidak lupa juga saya merakamkan ucapan terima kasih kepada pucuk pimpinan khususnya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Juga ucapan terima kasih saya kepada rakan-rakan Ahli Parlimen, pimpinan parti-parti politik dan seluruh warga Malaysia yang dikasihi sekalian.

“Sesungguhnya saya menerima pelantikan ini sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu saya pikul demi memastikan kelancaran pentadbiran negara dan juga kemajuan luar bandar serta masyarakatnya,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.