nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM pengerusikan mesyuarat kabinet pertama secara maya

1 SEPT: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertamanya secara maya di kediamannya setelah dinasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat individu positif COVID-19.

Ismail Sabri berkata, antara penekanan utamanya adalah untuk membincangkan status terkini jangkitan COVID-19  di negara dan memastikan semua kementerian bergerak proaktif bagi mengukuhkan tindakan tahap kesihatan dalam usaha melonjakkan semula aktiviti ekonomi yang memberi manfaat utama kepada rakyat.

“Saya turut mengingatkan para Menteri kabinet, setiap kementerian perlu buktikan pencapaian dalam tempoh 100 hari. Maka tindakan pantas dan bersepadu merupakan aspek utama bagi membebaskan Malaysia daripada ancaman wabak penyakit, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik yang telah dilalui oleh rakyat sebelum ini.

“Segala bantuan yang telah diumumkan mesti disegerakan dan saya akan memastikan kabinet ini berasaskan keberhasilan yang mengutamakan kestabilan dan keselamatan Keluarga Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebooknya hari ini.

Ismail Sabri juga memuat naik beberapa keping gambar beliau sedang mempengerusikan mesyuarat Kabinet buat pertama kali selepas mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, pada 20 Ogos lalu.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan susulan peletakan jawatan Muhyiddin selepas Ahli Parlimen Pagoh itu hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen.- Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.