nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BERSATU sokong perjanjian CSA demi kestabilan politik

1 SEPT : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan menyokong usaha kerajaan untuk melaksanakan perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) antara parti politik di negara ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ini kerana CSA adalah sesuatu yang perlu dalam menentukan kestabilan politik seperti yang pernah diumumkan oleh Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

“Kita tidak mahu cerita haru biru politik yang boleh menyebabkan ketidakstabilan bukan hanya dari sudut politik tetapi juga program-program yang kita tentukan bagi membangun negara kita. 

“Jadi, sebab itu kita bersetuju dengan tindakan Perdana Menteri baru-baru ini yang menandatangani persefahaman bersama tiga pemimpin parti pembangkang yang dihadiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu. 

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan dan pembangkang menjujung titah Yang di-Pertuan Agong, agar tidak lagi berlaku politiking ketika perjumpaan Ahli Parlimen bersama Seri Paduka Baginda di Istana,” katanya pada sidang media khas di Kementerian Dalam Negeri (KDN), di  Putrajaya, hari ini. 

Datuk Seri Hamzah Zainudin

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan tiga pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini mencapai kata sepakat untuk mengadakan gencatan politik bagi membolehkan kerajaan memberi fokus kepada usaha memerangi COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Ismail Sabri berkata, perkara itu dicapai hasil perbincangan beliau bersama Ketua Pembangkang merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.  

Jelas Ismail Sabri, pertemuan berkenaan diadakan bagi menjunjung kasih di atas nasihat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk meredakan suhu politik dalam negara.

Hamzah memaklumkan jika CSA berlaku, ini merupakan langkah ke hadapan bagi landskap baharu politik negara di mana semua ahli Parlimen boleh bersama secara inklusif. 

Menurut beliau, ini penting bagi membincangkan kepentingan rakyat khususnya dalam memerangi pandemik COVID-19 dan bersama membangunkan semula faktor ekonomi yang telah terjejas

“Ini adalah langkah ke hadapan kepada Ahli Parlimen bagi berbincang dengan lebih baik dalam memberi perhatian penuh. Segala apa pemikiran baik harus kita berikan tumpuan dan bukannya hanya kata mengata, tuduh menuduh serta menghasut,” tegasnya.- Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.