nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ajaran sesat PMYT: Sittah Annur direman 4 hari

4 SEPT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan seorang wanita digelar Sittah Annur yang merupakan Ketua ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) pada, hari ini.

Wanita yang berusia 39 tahun itu telah ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields yang melakukan serbuan di rumahnya di Shah Alam dan telah direman selama empat hari untuk siasatan lanjut.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni memaklumkan suspek merupakan seorang peniaga yang sudah berumah tangga. 

“Pada pukul 1.10 pagi tadi Inspektor D9 bersama sepasukan anggota dari Cawangan D9 IPD Brickfields, KL telah pergi ke alamat di Jalan Tanjung Keramat 26/35 HICOM Industrial Estate, Shah Alam, Selangor sebelum membuat tangkapan ke atas suspek satu perempuan tempatan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Suspek tiada rekod jenayah lampau setakat ini dan telah dipohon reman selama empat hari sehingga 7 September ini dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur terhadapnya di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan lanjut polis. 

Antara barangan yang dirampas polis dalam serbuan di rumah suspek di Shah Alam awal pagi tadi.

“Suspek kini disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (kesalahan yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemuliharaan keadaan harmoni atau perpaduan atas alasan agama) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini. 

Basri turut memberitahu bahawa sebelum tangkapan dijalankan polis, suspek telah membuat satu laporan polis menafikan dirinya pernah mewujudkan kumpulan ajaran sesat  atau apa-apa kumpulan dan ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam sekali gus menafikan segala tuduhan termasuk tindakan yang boleh mengancam keselamatan negara.

“Polis ketika serbuan di rumah suspek turut merampas lima telefon bimbit pelbagai jenama, sekeping kad bank, sekeping resit pemindahan wang ke satu akaun bank tempatan sebanyak RM84,721.42 dan sepasang telekung warna putih dipercayai digunakan suspek semasa membuat live Facebook,” katanya. 

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan ke atas wanita berkenaan sedang menjurus kepada penularan beberapa rakaman video mengandungi kenyataan yang menyentuh akidah serta ajaran Islam melalui akaun YouTube Cahaya Islam dan Sittah An Nur PMYT serta di pelbagai platform media sosial sejak beberapa hari yang lalu.

Menurut beliau, di antara kandungan rakaman video yang tular adalah pengakuan wanita tersebut mendakwa dirinya boleh berhubung terus dengan Allah SWT, malaikat dan Nabi Muhammad SAW.

Selain itu, Abd Jalil berkata, suspek itu turut mendakwa mimpi perjalanan terakhir diturunkan kepada dirinya sebagai panduan untuk umat yang lain dan sesiapa yang menyakiti atau menghalang dirinya dari menyampaikan ajaran boleh dicabut nyawa oleh Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan terbaharu perkembangan kes itu hari ini.

Tambah beliau, PDRM dalam usaha untuk mengesan serta mengenal pasti individu-individu lain yang terlibat dalam kes ini bagi melengkapkan siasatan polis. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.