nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Selangor Tidak Kompromi, Tindakan Tegas Pihak Cemar Bekalan Air

4 SEPT: Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan pencemaran sungai di negeri ini sehingga mengakibatkan gangguan bekalan air.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata pihaknya tidak akan sama sekali berkompromi terhadap pihak yang mencemarkan air dan alam sekitar kerana menjejaskan pelbagai aktiviti harian masyarakat terutama ketika negara berhadapan dengan pandemik COVID-19.

“Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan dikenakan kepada pelaku selaras Seksyen 79(1) (a) Enakmen LUAS (Pindaan) 2020.

“Di mana sebarang pencemaran sumber air apabila disabitkan kesalahan akan dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan didenda tidak kurang daripada RM200,000 dan tidak melebihi RM 1 juta,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini. 

Terdahulu, lima daerah di Selangor sekali lagi berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual dalam tempoh tiga hari sejak masalah sama berlaku Selasa lalu.

Amirudin memberi amaran pihak yang mencemarkan air hingga menyebabkan gangguan bekalan air akan dikenakan tindakan tegas.

Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kenyataan semalam menjelaskan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya pada jam 5.15 petang tadi.

Kenyataan itu memberitahu tindakan itu terpaksa diambil pihak pengurusan LRA berkenaan berikutan insiden pencemaran bau pada sumber air mentah di Sungai Semenyih.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, langkah-langkah yang telah diambil kini telah berjaya menyelesaikan isu pencemaran dalam tempoh 12 jam sejak semalam. 

“Loji Rawatan Air Sungai Semenyih telah mula berfungsi dan bekalan air akan dipulihkan secara berperingkat bermula hari ini,” katanya. 

Perkara itu turut disahkan Air Selangor menerusi kenyataan hari ini iaitu bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terjejas berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat pada jam 6 petang, hari ini.

Air Selangor berkata gangguan bekalan air tidak berjadual di kesemua 463 kawasan di lima (5) wilayah Air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (194 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan) dijangka pulih sepenuhnya pada 6 pagi, 6 September 2021.

“Kesemua kawasan yang terjejas adalah sama seperti senarai kawasan gangguan air tidak berjadual baru-baru ini. Para pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terlibat menerusi laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/ serta aplikasi Air Selangor.

“Sebanyak 94 lori tangki air telah digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas dan premis-premis kritikal sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih. 

“Khususnya semasa peningkatan kes COVID-19. Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi medium komunikasi rasmi kami, “katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.