nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kepimpinan PKR hilang kepercayaan kepada MB Negeri Sembilan

6 SEPT: Majoriti pemimpin PKR Negeri Sembilan kini menyatakan hilang sokongan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN).

Antara pemimpin yang menyatakan hilang sokongan kepada Amiruddin ialah empat Ketua Cabang PKR iaitu Datuk Ismail Ahmad (Rasah); Datuk M Ravi (Port Dickson); Yuz Mazmi Ahmad Yusof (Jelebu) dan Azlan Hamzah (Kuala Pilah).

Turut menyatakan hilang sokongan ialah Timbalan Ketua Cabang PKR, Seremban, Datuk Dr Mohamad Rafae Malik; Timbalan Ketua Cabang Rembau, Dr S Streram; Ketua Wanita PKR Negeri, Amni Idris dan Timbalannya Rusnani Saring.

Selain itu, turut menyatakan kehilangan sokongan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan ialah Setiausaha Penerangan PKR Negeri, Madon Mislan; Ketua Penerangan PKR Negeri, Yusuf Tapar; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuah, Datuk Yek Diew Ching dan mantan Ketua Jurulatih Jentera Pilihan Raya Negeri, Mdd Nordin Ismail.

Aminuddin kini berdepan hilang sokongan daripada majoriti pemimpin PKR di Negeri Sembilan.

Berikutan itu, Ketua Penerangan PKR Negeri, Yusuf Tapar ketika membacakan kenyataan bersama berkata mereka mendesak Amiruddin supaya melakukan rombakan segera dalam MPN bagi memastikan parti itu kekal relevan.

Mereka juga mendakwa Amiruddin juga tidak berusaha untuk merancang bagi mengukuhkan penguasaan politik Pakatan Harapan (PH) untuk terus kekal memerintah.

“Pengerusi tidak melakukan sebarang penyusunan dan koordinasi yang berkesan untuk menarik sokongan pengundi terutamanya di kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri yang perlu diberi tumpuan dan keutamaan.

“Selaku Pengerusi MPN, beliau gagal dalam memimpin dan memperkasakan cabang serta ahli parti sehingga menyebabkan hilangnya keyakinan ahli serta penggerak parti di akar umbi.

“Pengerusi MPN gagal mengurus dan menyelesaikan masalah cabang dengan memberikan solusi terbaik, sehingga beberapa keputusan tidak mengikut perlembagaan parti.

“Beliau juga tidak membuat perancangan bersifat holisitik terhadap perkembangan parti, tiada tindakan atau program pengukuhan dan pemantapan pengurusan parti di peringkat MPN serta cabang, selain tiada sebarang program dalam menyantuni ahli-ahli parti di peringkat cabang dan ranting,” katanya.

Mereka mendakwa Amiruddin juga tidak menunjukkan minat dan kesungguhan untuk menjadikan parti ini dominan dalam kerajaan negeri.

“Kekecewaan ahli dan hilang kepercayaan ini telah menyebabkan cabang (Parlimen/DUN) gagal membentuk jentera pilihan raya untuk melaksanakan gerak kerja kerana mereka tidak berminat membantu parti.

“Maka, kami percaya jika keadaan ini berterusan PKR Negeri Sembilan akan berisiko besar dalam menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya.

Bagaimana pun, penerangan PKR Negeri Sembilan tetap komited dan teguh berdiri menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden PKR.

Tambahnya, memorandum menolak kepimpinan Pengerusi MPN Negeri Sembilan ini telah ditandatangani oleh Ketua-Ketua Cabang terlibat dan sayap parti serta AJK tertinggi MPN untuk diserahkan kepada Presiden parti dalam masa terdekat.

Sementara itu, bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shahrin, mendakwa krisis dalaman PKR Negeri Sembilan kini dikatakan semakin meruncing berikutan wujud gerakan terancang dipercayai didalangi Anwar untuk menjatuhkan Aminuddin daripada jawatan Menteri Besar (MB).

Badrul Hisham juga mendakwa perkara itu didedahkan sendiri oleh seorang pemimpin bahagian PKR Negeri Sembilan yang sama berjuang dengan semasa peringkat awal penubuhan PKR dulu.

Tanpa mendedahkan nama pemimpin PKR berkenaan Badrul Hisham yang lebih popular dengan panggilan Che’gu Bard berkenaan ‘kawan lamanya’ itu mendedahkan PKR Negeri Sembilan kini semakin bercelaru kerana perebutan kuasa dan masing-masing berebut untuk menjadi MB.

“Dia menceritakan bagaimana celaru PKR NS hari ini. Berebut harta ghanimah, cantas-mencantas dan saling serang sesama sendiri. Menurutnya keadaan makin parah apabila Anwar datang ke Negeri Sembilan. Sebab Anwar ni bermuka muka.

“Jumpa Menteri Besar, Anwar bercakap seolah-olah menyokong beliau dan mengutuk orang lain.

“Jumpa EXCO Negeri Sembilan, Datuk Dr Mohamed Rafie Ab Malek, Anwar kutuk Menteri Besar dan berikan gambaran seolah Dr. Rafaei bakal ganti Aminuddin sebagai MB. Itu sebab lagi parah semua benda,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.