nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pertembungan tiga penjuru akan merugikan BN Johor

8 SEPT : Perikatan Nasional (PN) Johor kekal mendokong kerajaan negeri walaupun beberapa kenyataan politik oleh Badan Perhubungan Negeri UMNO Johor dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Hasni Mohammad yang berterusan sehingga ke hari ini amat mengecewakan. 

Pengarah Pilihanraya PN Johor, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, pihaknya berpendapat kenyataan yang berbaur kekuatan politik kepartian berasaskan kekuatan silam sudah tidak releven dalam suasana senario politik semasa. 

“Dokongan PN Johor setakat hari ini kepada kerajaan Johor dibuat bukan kerana UMNO, tetapi demi rakyat Johor khususnya dan Malaysia secara amnya. 

“PN Johor akan terus memikirkan soal negara, negeri dan rakyat, supaya tidak timbul satu pergolakan, bahkan perkara yang membawa kesan buruk pada negeri dan negara,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Hasni bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri tegas tidak akan menggunakan lambang lain bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kelak selain lambang dacing yang digunakan sejak berdekad lalu.

Datuk Hasni Mohammad bertegas BN Johor tidak akan menggunakan lambang lain di PRU ke 15 nanti.

Hasni memaklumkan mereka juga tidak dapat ‘beri muka’ atau laluan kepada pihak lain untuk bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya akan datang.

Dalam pada itu, Abd Latiff memaklumkan PN Johor berpendapat, pertembungan tiga penjuru pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) bakal merugikan lagi pihak BN Johor. 

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, ini terbukti apabila BN Johor tewas 37 daripada 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN). 

“PN Johor kini bersiap siaga, untuk bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen jika parlimen di bubarkan pada bila-bila masa

“Namun, PN Johor sentiasa membuka pintu rundingan dengan mana-mana pihak, termasuk BN-UMNO, bagi mengelak pertembungan tiga penjuru,” katanya. 

Sementara itu, beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) menyeru agar parti-parti di negara ini mengurangkan politiking dan memberi fokus kepada kebajikan rakyat dan ekonomi negara. 

“Seluruh Bangsa Johor terus bersatu hati, memberi kepercayaan kepada kerajaan persekutuan dalam melaksana Pelan Pemulihan Negara (PPN). 

“Ini perlu agar kita semua dapat keluar dari krisis kesihatan dan ekonomi dengan kadar segera,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.