nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penggubalan RUU Babit Akta Kawalan Agama tidak gugat keharmonian

10 SEPT: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad, hari ini, memberi penjelasan mengenai isu penggubalan Rang Undang-Undang Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin Atau Kepercayaan Agama Dalam Kalangan Orang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) yang disalah ertikan oleh segelintir pihak.

Idris yang juga Naib Presiden PAS berkata polemik ini timbul selepas jawapan soalan tambahan, sesi soalan lisan di
Parlimen oleh YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary bertarikh 26 November 2020 yang lepas, yang mana telah disebarkan dan dipetik di luar konteks oleh pihak tertentu.

Beliau berkata jawapan tersebut asalnya adalah penjelasan berkenaan perancangan strategik kerajaan bagi menggubal sekurang-kurangnya 11 undang-undang Syariah utama, merangkumi penggubalan undang-undang baharu dan pindaan terhadap undang-undang sedia ada, termasuklah cadangan penggubalan RUU berkenaan.

“Pertamanya, berpaksikan kepada Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kepada Kerajaan Negeri dan Persekutuan (dalam konteks Wilayah Persekutuan) untuk melindungi kesucian agama Islam, iaitu dengan melarang penyebaran agama lain ke atas orang Islam.

“Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa: Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Senator Idris Ahmad

Mengulas lanjut, Idris berkata kawalan dan sekatan penyebaran agama bukan Islam berdasarkan Perkara 11(4), yang menjadi punca kuasa RUU ini, hanya dihadkan kepada orang Islam sahaja, bukan kepada sesama penganut-penganut agama lain.

Justeru, pengembangan agama kepada penganut agama selain daripada penganut agama Islam adalah dibolehkan di sisi undang-undang.

Beliau berkata hak kebebasan beragama di bawah Perkara 11 juga masih dijamin walaupun RUU ini digubal dan diluluskan RUU ini juga bukanlah suatu perkara baru.

“Sebanyak 10 negeri di Malaysia telah pun meluluskan enakmen yang sama sejak tahun 1980-an lagi, kecuali empat buah negeri yang masih belum lagi berbuat demikian iaitu Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya), Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

“Dalam hal ini, Wilayah Persekutuan turut diberikan kuasa yang sama untuk menggubal undang-undang berkaitan agama, yang terpakai hanya di negeri berkenaan, sama seperti negeri lain.

“RUU yang dicadangkan dalam konteks ini akan diguna pakai di peringkat Wilayah-wilayah Persekutuan sahaja. Bagi negeri-negeri lain yang masih belum menggubal enakmen ini, penggubalannya adalah bergantung kepada Dewan Undangan Negeri masing-masing,” katanya.

Beliau berkata proses penggubalan RUU ini tetap sama sahaja seperti undang-undang lain yang lain dan akan mengikut tertib yang sewajarnya.

“RUU ini tetap memerlukan kepada persetujuan dasar di peringkat Kabinet, perkenan daripada Yang diPertuan Agong dan perlu diluluskan di peringkat Parlimen.

“Saya percaya, JAKIM telah meneliti sebaiknya perkara ini, dan memastikan proses penggubalan RUU ini dibuat mengikut tertib yang betul, serta bertepatan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Saya berharap agar isu ini tidak dipolemikkan oleh pihak-pihak tertentu, sehingga menggugat keharmonian dan perpaduan Keluarga Malaysia,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.