nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MOSTI tingkatkan program outreach vaksinasi

12 SEPT: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memperbanyakkan Program Outreach Vaksinasi COVID-19 dan ‘mobile’ bagi memastikan imuniti kelompok dicapai hujung bulan ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, langkah itu bertujuan memastikan penduduk yang layak menerima vaksin seperti yang dijadualkan terutama di beberapa negeri yang masih merekodkan kadar peratusan rendah selain mengurangkan kesangsian segelintir masyarakat terhadap keberkesanan vaksin.

“Antara inisiatif kita ialah menambah jumlah vaksin bagi meningkatkan jumlah kadar vaksinasi di negeri-negeri berkenaan.

“Ada sesetengah negeri hampir selesai memberi vaksin kepada mereka yang mendaftar dalam MySejahtera namun masih lagi terdapat mereka yang tidak mendaftar menerusi aplikasi berkenaan.

Adham (dua dari kanan) turut bertemu Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di kediaman rasmi beliau.

“Mereka ini sebenarnya yang perlu kita cari demi memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus populasi dewasa divaksin menjelang akhir bulan ini. Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) turun ke negeri untuk memastikan penyelarasan pemberian vaksin dapat dilaksanakan sebaik mungkin termasuk memperbanyakkan program outreach,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Outreach Vaksinasi di Kampung Losong sempena Lawatan Kerjanya di Terengganu hari ini.

Terdapat tujuh negeri yang masih merekodkan kadar vaksinasi rendah iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perak, Sabah dan Johor.

Ketika ditanya mengenai peningkatan kes kematian membabitkan penerima vaksin, Dr Adham berkata, sebagai penyelaras CITF, pihaknya mempergiatkan kempen untuk pemberian vaksin dengan pemantauan dilakukan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kita (CITF) sebagai penyelaras kepada pemberian vaksin, jadi setakat ini kempen kita ialah untuk mereka menerima vaksin yang selamat, berkesan dan berkualiti yang diluluskan NPRA (Bahagian Regulatori Farmasi Negara) kerana semua rakyat Malaysia berhak mendapatkan vaksin bagi memastikan mencapai imuniti kelompok,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.