nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Imigresen Kaji Semula Permohonan Menerusi MyTravelPass

16 SEPT: Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meminta Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) agar mengkaji semula kategori-kategori permohonan yang boleh diberi kebenaran terus tanpa perlu memohon kelulusan melalui MyTravelPass.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, JIM kemudiannya akan membentangkan cadangan berkenaan kepada Jawatankuasa Teknikal COVID-19 MKN.

Beliau berkata, tindakan itu diambil susulan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik semalam yang membincangkan maklum balas dan pandangan orang ramai berhubung sistem itu di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan dikendalikan Imigresen.

“Dari 7 Oktober 2020 hingga 10 September lalu, JIM telah menerima sebanyak 356,510 permohonan. Daripada jumlah itu, 208,509 telah diluluskan; 127,465 telah ditolak; 6,697 dibatalkan sendiri oleh pemohon; dan 13,000 permohonan sedang diproses oleh tiga pasukan petugas task force. 

HISHAMMUDDIN

“Berdasarkan makluman daripada JIM, terdapat empat faktor yang boleh menyebabkan permohonan ditolak iaitu nama berada dalam senarai syak oleh JIM; dokumen tidak lengkap; dokumen yang dimuat naik tidak boleh dibaca; dan dokumen dipalsukan. 

“Sekali lagi diingatkan, permohonan melalui MyTravelPass haruslah dibuat 14 hari sebelum hari jangkaan untuk berlepas. Permohonan tersebut perlu dibuat secara atas talian di portal https://mtp.imi.gov.my, ” katanya menerusi kenyataan media, hari ini. 

Dalam pada itu, mengenai beberapa syarikat penerbangan meletakkan syarat penumpang menunjukkan MyTravelPass walaupun dalam kategori tidak perlu membuat permohonan, Hishammuddin berkata syarikat berkenaan tidak sepatutnya berbuat sedemikian.

“Saya telah minta Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong untuk memaklumkan kepada syarikat-syarikat berkenaan agar mengikut garis panduan yang telah ditetapkan,” katanya. 

Sementara itu, Hishammuddin menjelaskan, terdapat tujuh kategori yang perlu dan lima tidak perlu memohon kelulusan melalui MyTravelPass seperti yang dijelaskan beberapa kali oleh Imigresen sebelum ini.

Menurut beliau, kategori perlu ialah warganegara yang baru mendapat tawaran bekerja atau belajar di luar negara; pelajar ingin menduduki peperiksaan di luar negara; menghadiri mesyuarat, seminar dan urusan perniagaan di luar negara serta menyertai pameran, pertandingan sukan, latihan di luar negara dengan mengemukakan surat sokongan daripada agensi kawal selia.

“Turut disenarai dalam kategori perlu ialah urusan kecemasan ahli keluarga terdekat (kematian, ahli keluarga ditimpa kemalangan dan sakit) serta pemegang visa pasangan dan tunang (perkahwinan tidak didaftarkan secara sah).

“Selain itu, menyertai misi bantuan kemanusiaan dan keagamaan dengan mengemukakan surat kelulusan diperoleh daripada Jawatankuasa Bersama JPM (Jabatan Perdana Menteri) serta dokumen sokongan lain yang berkaitan,” katanya. 

Tambah beliau, bagi kategori tidak perlu membabitkan diplomat dan pegawai kedutaan Malaysia yang akan dan kembali bertugas di luar negara termasuk tanggungan masing-masing serta pelajar dan tanggungan meneruskan pengajian dengan syarat memiliki visa pelajar atau visa tanggungan yang sah.

“Ia juga termasuk pemegang pas jangka panjang di luar negara (pemastautim tetap, pas residen dan kerja), bekerja dengan syarikat petroleum dan syarikat perkapalan yang perlu ‘sign-on’ ke atas kapal di luar negara. 

“Di samping mengiringi pelajar ke luar negara bagi tujuan belajar dan terhad kepada dua pengiring sahaja. Mereka perlu melakukan perjalanan keluar bersama pelajar pada masa yang sama,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.